SeLaMaT DaTaNg

Wednesday, December 30, 2009

50 tAnDa-TaNdA mUnaFiK



1. Malas beribadah kepada Allah SWT .
2. Lupa kepada Allah SWT
3. Melalaikan solat fardu
4. Mempercepat mengerjakan solat
5 Gemar meninggalkan solat berjemaah
6. Meninggalkan solat Jumaat
7. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf
8. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi
9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan
10. Riak
11. Hasad dengki
12. Dusta
13. Mungkir janji
14. Bakhil
15. Fitnah
16. Mencaci maki
17. Mengumpat
18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya
19. Mengingkari takdir allah
20. Mempersenda kesucian agama
21. Enggan berjihad di jalan Allah SWT
22. Menghina sahabat Rasullullah SAW
23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar
24. Menangguh pembayaran hutang
25. Menipu dalam jual beli
26. Ghasab
27. Bergaul dengan orang yang memperolok Al-Quran
28. Memakan harta anak yatim
29. Membuka rahsia orang lain
30. Berasa aman daripada murka Allah apabila melakukan dosa
31. Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai
32. Menghalang orang daripada mengamalkan ajaran islam
33. Suka kepada kesesatan dan suka menyesatkan orang
34. Bermuka-muka
35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya
36. Sombong diantara sesama manusia
37. Melampaui batas yang telah digariskan oleh Allah
38. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim
39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah
41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah
42. Mengkhianati sesuatu amanah
43. Memutuskan silaturrahim
44. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
45. Menghalalkan perkara yang haram
46. Membuat kerosakan dimuka bumi
47. Menuduh orang beriman bodoh
48. Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah
49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT
50. Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.

Monday, December 7, 2009

aLanGkaH bAgUsNya beReNti MeRoKoK!!!




assalamualaikum, semua...

topik kita pada hari nie adalah tentang rokok...

insya-Allah, di sini ana akan terangkan beberapa kesan sekiranya peroko2 sekalian berhenti merokok...

antara kesan-kesannya ialah:

1. Lapan (8) Jam selepas anda berhenti merokok, kandungan dan paras Carbon Monoxida menurun dan kandungan Oxygen di dalam darah anda meningkat ke paras normal.


2. Di dalam tempoh 48 Jam, kebarangkalian untuk serangan jantung menurun dan deria hidu dan rasa anda bertambah.


3. Di dalam tempoh 72 Jam, kapasiti paru-paru anda bertambah dan pernafasan anda menjadi lebih mudah .


4. Dua Minggu (2) hingga 3 bulan, pengaliran darah anda bertambah dan fungsi paru-paru anda meningkat sehingga 30 peratus.


5. Enam Bulan berikutnya (6), batuk, hidung tersumbat, kepenatan dan sesak nafas bertambah baik.


6. Selepas Setahun, risiko penyakit atau kesan berkaitan dengan merokok berkurangan sehingga 50%.


7. Sepuluh tahun berikutnya risiko kanser paru-paru berkurangan 50%.


8. Lima Belas Tahun (15) berikutnya risiko serangan jantung adalah sma dengan mereka yang tidak merokok.


Jadi, teman2, tidak ada ruginya jakalau anda berhenti daripada rokok nie...

ingat, Rasulullah sendiri pernah berpesan, "akal yang cergas datang dari badan yang sihat"


Jadi......


'renung-renungkan dan selamat beramal'

Friday, December 4, 2009

hIkMaH AyAt aL-KuRsI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya.

Hikmah Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumahjirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang ygbersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahalanabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…

Friday, November 27, 2009

eRti PeNgOrBaNaN



assalamualaikum w.b.t...
alhamdulillah, sama2 kita panjatkan kesyukuran kepada Rabbul Izzah kerana dengan rahmatnya, dapatlah ana menambah post terbaru di dalam blog ana nie...
antum dan antunna sekalian, alhamdulillah, pada tahun ini sekali lagi kita bertemu dalam sebuah bulan yang mulia iaitu bulan Zulhijjah, dan di dalam bulan ini terselit pelbagai kisah dan sejarah yang menemukan kita dengan salah satu lagi perayaan terbesar di dalam kalender Hijriah, yakni Eidul Adha ataupun yang lebih dikenali dengan Hari Raya Haji @ Hari Raya Qurban...
erm, ana ingin bertanyakan kepada antum dan antunna sekalian, apakah yang antum dan antunna faham mengenai perayaan ini???
adakah cukup sekadar mengetahui sejarah tentang Nabi Ismail dan bapanya, Nabi ibrahim a.s semata-mata???
atau adakah kita menyambut perayaan ini semata-mata untuk menyambut jemaah Haji yang sekarang ini sedang berada di Tanah Haram @ Makatul Mukarramah???
antum dan antunna sekalian, sebenarnya perayaan Eidul Adha ini adalah bertujuan untuk kita menghayati dan memahami apa yang telah dikorbankan oleh masyarakat yang terdahulu...
sesungguhnya masyarakat Muslim yang terdahulu telah banyak berkorban untuk memastikan syiar Islam masih kekal hingga ke hari ini...
tanpa mereka, mungkin Islam tidak pernah berkembang sehingga ke hari ini...
jadi, kita sebenarnya adalah generasi yang memikul beban dakwah untuk terus disebarkan di seluruh dunia...
supaya nur Islam akan terus menyinar di dalam dunia ini...

"renung-renungkan dan selamat beramal"

Saturday, November 21, 2009

kEnApE?? wHy?? LiMaZa??



aduhaii....
napela maksiat kat dunia nie semakin berleluasa???
adakah perlu kita persalahkan ibu yang mengandung???
atau nak salahkan benih yang terhasil dari ayah kita???
ish3...
assalamualaikum semua...
bertemu lagi kita sekali lagi untuk mendengar celoteh ana..
alhamdulillah, sekarang nie cuti sem dah pun bermula...
so, hari nie ana nak cerita le ckit ngan satu peristiwa time ana on the way nak balik umah aritu...
kejadian nie berlaku sewaktu ana menanti bas ana kat sebuah stesen bas yang dirahsiakan tempatnye...
sedang ana berjalan-jalan menuju ke kaunter untuk mengesahkan tiket, ana telah terpandang pada kelibat sepasang couple nie...
yang perempuan tu memang cute n menarik perhatian sesiapa yang terpandang...
tapi yang lelakinye, aduhai memang x sepadan ngan pompuan tersebut...
diorang berdua nie duduk di salah satu tempat yang disediakan di situ...
timbul satu hasrat dalam hati ana untuk terus melihat apa yang nak dilakukan mereka berdua...
setelah diobserve oleh ana, tetiba je ana lihat lelaki tersebut tanpa segan dan silu terus mencium mulut pompuan tersebut...
yang pompuan tu pun membalas cumbuan tersebut dengan penuh mesra...
astaghfirullah...
ana berfikir sejenak, diorang nie x sedar ke yang doorang tu berada di tengah2 orang awam...
yang lagi membuatkan ana bengang adalah, mereka berdua nie orang MELAYU...
aduhaii...
apa dah jadi ngan anak bangsa kita sekarang nie...
apa dah jadi dengan agama kita???
bukankah bangsa MELAYU nie mengamalkan adat dan adab yang baik...
nak dipendekkan cerita, ana terus pergi kat diorang nie...
ana nie jenis pantang bila berlaku maksiat di depan mata ana...
x perlulah ana nak ceritakan apa yang diorang buat selain dari bercumbuan tu...
ana tengok sampai meremang bulu roma ana...
antum dan antunna fikirlah sendiri yek???
ana terus menegur diorang berdua:
"assalamualaikum saudara?" ana berkata...
"wa'alaikumussalam w.b.t" lelaki tu jawab...
aduh owg Islam rupanye...
xpe2, sabar dulu luqman, sabar...
"erm, saya nak tumpang tanye nie" ana teruskan perbualan...
"a'ah, tanyela" lelaki tu jawab ngan selamba...
"kamu berdua nie x malu ke, kalau family saudara ngan saudari ada kat sini, kamu berdua berani buat macam nie?" ana terus sound diorg...
diorang pun terus terdiam membisu...
dan terus belalu pergi dari situ...
alhamdulillah, puas ati ana sebab dah berjaya membasmi kemungkaran nie...
iyelah, kita x bleh la nak diam bile berlaku sesuatu kemungkaran di depan mata kita...
kalau org yang berbangsa lain nie, ana x kesah sangat sebab mungkin agama diorg x ajar tentang adab2 nie...
tapi kita yang berbangsa Melayu nie ada adat dan adab yang perlu dipatuhi...
so, di kesempatan ini, ana nak menyeru kepada antum dan antunna semua untuk berani menegur org lain yang melakukan maksiat di depan mata kita...
insya-Allah, Allah akan bantu orang yang mebantu jalan agama-Nya...

'renung-renungkan dan selamat beramal'

Thursday, November 19, 2009

aKu NiE LaKi kE pOmPuAn???

nak ke jadi gini???
ish3....
nape ek owg zaman sekarang nie suke nak tukar2 jantina???
adakah ini salah ibu yang mengandung atau salah anak yang dikendong???
persoalannya sekarang, mengapa di Malaysia nie yang ramai nak jadi 'pondan' nie adalah dari golongan yang berbangsa melayu, dan yang dah bersumpah dari kecil yang mengakui diri mereka Islam???
hemmm...
ana waktu PLKN dulu pun pernah la kenal ngan seorang lelaki yang lembut...
ana pernah bertanya padanya: "sonok ke bercinta ngan insan sejenis??"
dia pun menjawab kat saya ngan suara jantannya: "sonokla gak, leh kikis duit lelaki, kalau jadi lelaki payah nak kikis duit pompuan"
mendengarkan jawapan tersebut, ana direct terus mengeluarkan sebuah hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Abdullah bin Mas'ud berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Allah S.W.T. melaknat wanita-wanita yang bertatu, dan meminta ditatu, wanita yang mencabut bulu wajah, dan yang meminta dicabut bulunya, serta wanita yang mengasah giginya agar kelihatan cantik dan menarik, yang mengubah-ubah ciptaan Allah S.W.T"
Terus lelaki terbabit terdiam dan berfikir sejenak...
Alhamdulillah, baru-baru nie, lelaki terbabit ada menghubungi saya dan berterima kasih kepada saya kerana menegurnya pada ketika itu...
Sekarang nie lelaki terbabit telah menjadi seorang lelaki tulen dan kelihatan amat kacak sekali...
Nak jadi gentleman nie memang bagus, tapi janganlah terlebih 'gentle'...
Bersyukurlah kita kepada Allah S.W.T dengan setiap apa yang telah dikurniakannya kepada kita...

'renung-renungkan dan selamat beramal'

InDaHnYa BuMi PeRmAi



Indahnya bumi permai...

Terpandangku di suatu sudut...

Aku lihat kanak-kanak riang bermain...

Riang dan tertawa...

Tidak ada duka...

Membesar dengan sempurna...

Melahirkan rasa bahagia...


Indahnya bumi permai...

Aku amat bersyukur...

Berada di sebuah bumi yang permai...

Tidak ada sengketa...

Tidak ada yang terluka...

Semoga keamanan ini...

Akan terus dihirup...

Generasi mendatang...


Karya: Luqmanul Hakim bin Joohari

Wednesday, November 18, 2009

tErKeNaNg La PlAk


assalamualikum w.b.t...
alhamdulillah, pada hari ini ana berkesempatan untuk melayari blog ana nie...

hari ini, bersamaan dengan 18 November 2009, adik2 kita akan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi pelajaran Malaysia...

maka segala perjuangan mereka akan bermula pada hari ini...
hari ini jugalah yang akan menjadi titik tolak kepada usaha yang telah diperolehi oleh mereka dalam tempoh dua tahun yang lepas...

insya-Allah, ana mendoakan yang terbaik untuk adik2 kita yang sekarang ini sedang berperang dengan sepenuhnya...
terkenang lagi ketika ana mengambil SPM satu masa dulu...
sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan, bagai nak luruh je jantung nie dibuatnye...

mana taknya, peperiksaan inilah yang akan menentukan hala tuju ana lepas nie..
tapi, alhamdulillah, ana bersyukur dengan result yang ana perolehi walaupun x dapat straight 'A'...

satu perkara yang paling penting adalah, kita mesti ingat bahawa, sepanjang kita menuntut ilmu nie bukanlah hanya semata-mata untuk peperiksaan je, kite menuntut ilmu nie sebenarnya adalah untuk mendapat redha Allah S.W.T, supaya kita mempunyai bekalan untuk dibawa ketika bertemu dengan Allah S.W.T. nanti...
setakat inilah dulu celoteh ana pada kali ini ye...

insya-Allah, ada masanye nanti, ana akan terus mengupdate post2 yang baru...

jika ada persoalan mengenai agama, antalah mesej atau kol je ana di: 013-3056853
insya-Allah, apa yang termampu, ana akan bantu...

'renung-renungkan dan selamat beramal'

Saturday, November 7, 2009

hArI iNi dALaM hIsToRy


Assalamualaikum semua, sahabat2 dan teman2...
Alhamdulillah, moga antum dan antuna semua sihat hendaknye...
Hari nie ana nak kongsile skit tentang ape aktiviti ana arini...
alhamdlillah, hari ini kmpulan nasyid ana telah mendapat dua jemputan untuk persembahan...
Persembahan pertama adalah untuk Academic English's Grand Finale dan yang keduanye kami telah mendapat jemputan utk memprsembahkan di sebuah majlis perkahwinan...
Alhamdulillah, persembahan tersebut telah berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang cacat cela, tapi kadang2 masalah teknikal nie x dapatle kami nak elakkan...
Sebenarnye ana dah lama menyetai kumpulan nasyid nie, tp cuma x dipublisitikan je...
Jadi, di kesempatan ini, ana nak la mempromosikan kumpulan nasyid kami nie...
Kumpulan ana nie terdiri daripada 9 org ahli yang dan seorang pengurus, Amir bin Subri...
Vokalis : Syahir, Najib, Luqman dan Aliff. Pemuzik : Rashdan, Hazrul, Syamsul, Karim dan al-Baqir...
Jadi kalau nak jemput buat performance ke marhaban ke, lehla contact manager kami: 017-4477145(Amir bin Subri)...
insya-Allah, kalau tempat jemputan tu dekat, dapatlah kami sampai...
syukran 'indallakum...

"renung-renungkan dan selamat beramal"

HiBuRaN dAlAm IsLaM


Alhamdulillah, hari nie ana nak mengupas satu tajuk iaitu mengenai hiburan dalam Islam, khas utk antum dan antunna semua...
sekarang nie kita dah banyak dengar tentang kemunculan pelbagai kumpulan nasyid2 alternatif seperti UNIC, IN-TEAM, HIJJAZ dan macam2 ag....
Tapi terdapat juga beberapa kritikan yang tak berapa sedap untuk didengari...
Ada yang menyatakan bahawa kumpulan2 nasyid sekarang ni banyak membawakan lagu2 berunsur cinta kepada manusia...
Memangle seperti yang kita semua sudah sedia maklum bahawa, tugas kumpulan2 nasyid nie adalah utk berdakwah kepada umat manusia,tetapi mengapa perlunya ada lagu2 yang berunsurkan cinta kepada manusia...
Untuk pengetahuan antum dan antunna semua, manusia nie memang x bleh lari dengan perasaan cinta dan untuk dicintai...
Jadi dengan kehadiran lagu2 yang berunsurkan cinta kepada manusia nie bukanlah satu kesalahan pada dasarnya...
Kebanyakan lagu2 nasyid nie ingin mengajak kita untuk bercinta dengan berlandaskan hukum syarak...
Sebagai contoh, lagu 'Bisikan Nurani' yang diperdendangkan oleh kumpulan INTEAM, lagu ini mengajar kita untuk memilih pasangan hidup kita iaitu : pada kecantikan, keturunan, harta dan pada agama...
Lagu ini tidak langsung menjurus kepada tujuan yang salah, bahkan ianya adalah berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W sendiri...
Jadi, pada pendapat ana, lagu2 sebeginilah yang akan membawa seseorang muslim itu kepada cinta yang hakiki sejurus membawa kita kepada cinta dan kasihkan Allah S.W.T...

"renung-renungkan dan selamat beramal"

Friday, November 6, 2009

pErUbAhAn

assalamualaikum antum wa antunna semua...
pasti saudara saudari sekalian rasa hairan dengan perubahan blog ana kan??
alhamdulillah, atas berkat dari usaha dan bantuan dari rakan-rakan, ana dah berjaya mengupgradekan blog ana nie...
seperti hidupan kita la...
kita perlu berubah dari yang baik kepada yang lebih terbaik...
sesungguhnya Allah sukakan hambaNya yang berubah kepada kebaikan...

kesempatan ini, ana nak berterima kasih kepada sahabat ana, Muhammad Amir bin Subri, yang banyak membantu saya dalam perubahan blog nie...
Jazakallau khairan kathira...

oleh itu, diharapkan, antum dan antunna semua acapkali akan melayari blog ana nie...
insya-Allah, pasni ana akan update blog ana setiap hari...
jangan lupa untuk tinggalkan comment di ruang yang ana dah sediakan ye...

'bErJuAnG KeRaNa ALLAH'

renung-renungkan dan selamat beramal

uNtUk aDiK2 SpM!!!


assalamualaikum semua...
alhamdulillah, hari nie, ana berkesempatan untuk tambah post terbaru dalam blog ana..
tema kita minggu nie adalah tentang cara-cara study yang betul...
yela, spm dah dekat, final exam pun dah start...

first and foremost, kalau nak berjaya kenala ade usaha dulu..
Islam sendiri pun mengajar kita untuk berusaha dalam menentukan hala tuju hidup kita...
firman Allah S.W.T:
"sesungguhnya aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka yang mengubah nasib mereka sendiri"

secondly, sebelum nak masuk exam hall, gunakan kaedah pernafasan yang betul:
tarik nafas melalui hidung dalam kiraan tujuh, dan hembuskan nafas melalui mulut dalam kiraan 21. insya-Allah, kaedah nie boleh membuatkan kita rasa tenang dan hilangkan rasa berdebar-debar sebelum menjawab kertas soalan...

thirdly, waktu nak jawab paper sheet tu, kenala banyakkan selawat dan banyakkan membaca ayat 'alam nasyrah laka sadrak'.
dan waktu menjawab juga, jangan selalu serabutkan kepala kita ngan benda2 yang x penting. focus 100% kat question sheet tu...

fourth, bila dah habis jawab soalan, jangan lupa semak semula, pastikan anda sudah menjawab kesemua soalan yang diberikan. kalau ada was-was dengan jawapan, it's better if you stay with the first answer. sebab selalunya jawapan yang pertama dijawab tu adalah jawapan yang tepat...

and the fifth, jangan lupa untuk berdoa kepada Allah dan seelok-eloknya, banyakkan solat hajat...

gunakan kaedah D U I T = Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakal

'SEMOGA ADIK-ADIK DAN KAWAN-KAWAN BERJAYA DI DALAM PEPERIKSAAN ANDA'

"renung-renungkan dan selamat beramal"

Wednesday, October 14, 2009

sOLaT oh SoLat

"sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, bahkan matiku adalah kerana Allah semata-mata"

ayat di atas acapkali kita baca sewaktu menunaikan solat, samada solat fardhu mahupun solat sunat...
ayat di atas dapat kita temui sewaktu kita membaca doa qunut...
sesungguhnya setiap ibadah yang kita lakukan hanya kkerana Allah S.W.T....
namun mengapakah kini masih ramai insan di muka bumi ini yang masih mengabaikan solat???
ingatlah wahai saudara-saudaraku sekalian,
walaupun kita tidak meninggalkan solat, namun masih terdapat insan yang akan menghuni neraka...
ini kerana, walaupun kita bersolat sekuat mana sekalipun, jika tidak ikhlas dan hanya sekadar ingin riak dan bermegah semata-mata, tiada gunanya...
hendakkah kalian semua disempitkan kubur kalian nanti???
ayuh, marilah kita semua bermuhasabah diri dan perbetulkan segala kesilapan yang kita dilakukan...
jauhi sifat takbur dan riak...

renung-renungkan dan selamat beramal....

Monday, September 14, 2009

APAKAH SALAHNYA PUASAKU???

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah yang telah memberikan kesempatan kepadaku untuk menikmati Ramadhan tahun ini. Solawat serta salam selalu tercurah kepada manusia paling mulia, tauladan kita semua Rasulullah Muhammad SAW.

Puasa adalah ibadah yang unik tidak seperti ibadah lainnya karena satu-satunya ibadah ragawi yang hanya orang yang melaksanakan dan Allah SWT saja yang mengetahui kalau puasa itu dilakukan atau tidak. Oleh karena itu, sesungguhnya puasa itu hanya akan dilakukan oleh orang yang beriman kepada Allah SWT karena ia senantiasa sadar bahwa dirinya selalu diawasi oleh Allah SWT sehingga tidak mungkin baginya untuk mengkhianati puasanya kendati tidak ada orang lain yang mengetahuinya. Sungguh benarlah firman Allah dalam QS Al Baqarah ayat 183 bahwa puasa itu akan menuntun seorang mukmin untuk mencapai derajat taqwa.

Anehnya, kalau diperhatikan banyak di antara kita yang getol puasa namun tidak seperti orang yang benar-benar taqwa dalam arti masih juga (sadar atau tidak sadar) melanggar apa yang dilarang oleh Allah dan enggan menjalankan perintahNya seakan-akan kurang yakin bahwa segala keburukan akan dibalas dengan neraka dan setiap kebaikan akan membawa seseorang ke dalam surganya Allah SWT.

Marilah kita bermuhasabah mungkin iman kita belum sempurna sehingga kita tidak yakin dengan segala yang Allah SWT firmankan dalam Al Qur'an. Kita mungkin beriman kepada Allah sehingga kita mau berpuasa, tapi mungkin kita belum menyempurnakan rukun-rukun iman yang lain seperti beriman kepada malaikat dengan meniru sifat-sifat malaikat yang selalu patuh pada perintah Allah SWT tanpa kecuali; iman kepada kitab Allah dengan menjadikan Al Qur'an sebagai satu-satunya pedoman hidup, iman kepada Rasul Allah dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai suri tauladan dalam setiap langkah dan gerak hidup kita; iman kepada hari akhir dengan menyadari bahwa setiap perbuatan selalu ada konsekuensi yang harus kita tanggung di hari akhir sehingga membawa kita untuk selalu melakukan perbuatan yang akan berbuah surganya Allah dan menghindari segala perbuatan yang berujung kepada neraka; dan iman kepada qadla dan qadar yang selalu menyadarkan kita bahwa setiap kejadian adalah merupakan kehendak Yang Maha Berkehendak yaitu Allah.

Dengan mengevaluasi hal-hal tersebut diharapkan kita akan selalu ingat dan sadar bahwa sesungguhnya dalam kehidupan ini yang terpenting adalah selalu berada di jalanNya tanpa sedikit pun penolakan baik yang berasal dari hati maupun dari akal kita.

Semoga di bulan yang baik ini, kita diberi petunjuk oleh Allah untuk dapat memperbaiki diri dan menyempurnakan keimanan kita kepada Allah SWT. Amiin

Monday, July 6, 2009

Alhamdulillah...


Sudah lama ana tidak menghantar buletin...
So pada kali ini ana nak membincangkan satu tajuk yang amat membimbangkan umat Islam kita pada hari nie...
Pertama sekali mengenai gejala sosial...
Apakah yang dimaksudkan dengan masalah sosial nie sebenarnya...
Ramai insan di dunia nie hanya berfikir bahawa gejala sosial nie adalah hubungan bebas antara lelaki dan perempuan...
Memang benar Allah S.W.T. telah menjadikan setiap makhluk di dunia nie secara berpasang-pasangan...
Tapi umat manusia pada hari ini telah menyalah ertikan maksud itu...
Allah menghalalkan seorang lelaki dengan perempuan itu hanya dengan ikatan perkahwinan...
Namun pada zaman kini, tiada lagi sifat malu antara lelaki dengan perempuan...
Bagi mereka segalanya adalah halal...
Berbeza dengan zaman nenek moyang kita dahulu...
Masih tampak imej Islam dalam pergaulan mereka...
Islam memang agama yang mudah...
Namun, kebebasan Islam itu masih lagi berlandaskan hukum syarak...
Ingatlah firman Allah S.W.T:
"dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya dosa zina itu amatlah besar"

renung-renungkan dan selamat beramal...

Saturday, March 7, 2009

12 Rabiul Awal...


12 Rabiul Awwal
Satu detik yang dinanti
Oleh segenap makhluk dunia
Satu kelahiran yang merubah dunia
Satu kelahiran yang sudah dijangka
Oleh kaum Quraisy di Makkah
Satu kelahiran yang termaktub di dalam Injil, Zabur dan Taurat
Bermulanya kebangkitan agama Allah...

12 Rabiul Awwal
Sejarah penuh bersinar bermula
Api biara Majusi terpadam
Api yang tak pernah padam beribu tahun
Runtuhlah istana Kirsa Parsi
Yang telah lama gah berdiri
Makkah mula diterangi cahaya putih
Yang menggerunkan masyarakat Quraisy
Maka lahirlah seorang insan
Untuk membela agama Allah S.W.T...

Muhammad S.A.W
Itulah nama yang diberi
Ayahnya bernama Abdullah
Ibunya bernama Fatimah
Melahirkan seorang insan
Tanpa sebarang kesakitan
Namun dia telah menjadi yatim
Sebelum dia dilahirkan
Ibunya meninggalkannya ketika baginda 9 tahun...

Namun ketokohannya terlihat
Sejak baginda masih kecil lagi
Awan memayunginya ketika berdagang
Keadilannya terpancar
Ketika berniaga barangan Khatijah
membuat Khadijah jatuh cinta padanya
Maka tersatulah ikatan antara Muhammad dan Khatijah...

Namun percintaan mereka hanya seketika
Khatijah dan Abu Talib meninggalkan Muhammad keseorangan
Lalu Muhammad menyendiri kesedihan
Namun Allah tidak mampu melihat kekasihnya bersedih
Lalu menggembirakannya dengan peristiwa Isra' dan Mi'raj
Terubatlah duka di hati Baginda...

12 Rabiul Awwal
Merupakan juga hari duka
Tarikh ini jugalah Baginda meninggalkan kita
Meninggalkan sahabat dan saudara
Menangislah segenap dunia
Menangislah seluruh insan
menangislah para malaikat
Namun,
Nabi pernah berpesan,
berpeganglah pada Kitab Allah dan Sunnahku
Sesungguhnya kalian tidak akan sesat selamanya...

Ya Rasulallah
Aku merinduimu
Syafaatkanlah diriku
Aku ingin menemuimu
Aku ingin memelukmu
Aku ingin mengucup dahimu
Moga kita bertemu di Syurga...

Karya: Luqmanul Hakim bin Joohari

Thursday, March 5, 2009

CINTA...

CINTA
LAHIR DARI HATI YANG AMPUH
SETIAP INSAN INGINKAN CINTA
TANPA CINTA
MANUSIA HILANG TUJU HIDUP
DIBUAI DENGAN NAFSU NURANI
YANG AKAN MENYESATKAN HATI
MENYIMPANG DARI AKIDAH DIRI...

APA ITU CINTA
CINTA ITU INGIN DISUKAI
CINTA ITU INGIN DISAYANGI
CINTA ITU INGIN DIKASIHI
CINTA ITU PEROSAK DIRI
JIKA IA DISALAH ERTI...

INSAN LAHIR UNTUK DICINTA
CINTA IBU CINTA SEJATI
CINTA BAPA ITU PEKERTI
CINTA NABI ITU TERPUJI
CINTA ALLAH ITU HAKIKI
CINTA MANUSIA MERANA DIRI
JIKA IMAN TAK KUASA DIRI
CINTA DAN NAFSU APABILA SEBATI
ROSAKLAH AKIDAH MERANA DIRI...

INSAN HIDUP UNTUK DICINTA
NAMUN CINTA SESAMA MANUSIA
TIDAK AKAN KEKAL ABADI
APABILA JASAD TELAH DISEMADI
NAMUN CINTA DENGAN PENCIPTA
AKAL KEKAL UNTUK SELAMANYA
HINGGA KE SYURGA TELAH DIJANJI...

ALLAHU RABBI
LAHIRKANLAH CINTAKU KEPADA-MU
KAU CINTAILAH IBU BAPAKU
KAU CINTAILAH MEREKA
SEPERTI MEREKA MENYINTAIKU
SEJAKKU DILAHIRKAN...

ALLAHU ALLAH
KAU CINTAKANLAH AKU
PADA SESEORANG YANG MELABUHKANNYA CINTANYA KEPADA-MU
KAU SEMAIKANLAH BENIH TAQWA
DI DALAM HATIKU
AKU LEMAH TANPA-MU YA ALLAH
SESUNGGUHNYA ENGKAU AMAT MENYINTAI
HAMBA-MU YANG BERTAQWA...

Karya : Luqmanul Hakim bin Joohari

Tuesday, March 3, 2009

AKU ADALAH.....

Aku adalah seorang insan
Seorang insan yang dilahirkan untuk berbakti
Menjadi seorang yang berguna
Untuk agamaku
Tanpaku
Dunia ini akan hancur
Negaraku akan dijajah
Agamaku akan dihina
Nasib bangsaku tidak terbela
Dan aku akan terkorban...

Aku adalah seorang musafir
Seorang yang dilahirkan untuk memahami
Memahami setiap kejadian ada penciptanya
Aku menagih ilmu
Seorang ustazah pernah berkata
Jika kau mahukan dunia carilah ilmu
Jika kau mahukan akhirat tuntutlah ilmu
Bahkan jika kau mahukan kedua-duanya
Kau tetap perlu mencari ilmu
Ilmu Allah luas tiada sempadan
Selagi masih ada para ulama'
Kejarlah mereka
Rapati mereka
Dampingi mereka
Kelak kau akan menyesal
Setelah pemergiaan mereka...

Aku adalah hamba
Seorang yang menyerahkan diri untuk penciptanya
Mentaati segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya
Seorang hamba yang sentiasa menyembahnya
Biar penat dan lelah menyelubungi diri
Namun itu bukan alasan untuk aku lari
Lari dari mentaatiNya...

Aku adalah khalifah
Seorang yang pantang menyerah
Biar badai dan taufan melanda
Aku tetap tabah
Bagiku urusanku di dunia ini tidak pernah selesai
Selagi nyawa dikandung badan
Aku tetap menjalankan kewajipanku...

Allahu Rabbi...
Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah
Berilah aku kekuatan untuk memikul amanahMu
Tidak ku rela menyerah kalah
Selagi agamaMu tidak terbela
Bantulah aku dalam menyampaikan dakwahMu

Muhammad Nabiyyi...
Sesungguhnya aku merindui dirimu
Aku sentiasa tertanya
Mengapa aku tidak dilahirkan dalam zamanmu
Aku ingin berjihad bersamamu
Aku ingin beribadah bersamamu
Aku ingin memelukmu seperti sahabat-sahabatmu
namun aku pantang menyerah
Agamamu akan ku pertahankan
Dakwahmu akanku teruskan
Merinduimu satu kemestiaan...

Siapakah aku???
Aku adalah pewaris agama terbilang...
Allahu Akbar!!!!

Karya: Lumanul Hakim bin Joohari

Siapakah Kita???

islam???
apakah sebenarnya islam???
adakah cuma kepada adat???
adakah kerna kita mengikut ibu bapa kita???
atau kita cuma mengikut cara hidup kita???
adakah islam itu benar-benar kita ikuti dengan seikhlas hati kita???
konteks di bawah akan membincangkan tentang islam sebenar-benarnya...
sama-sama kita ikuti jikalau kita benar-benar mengakui bahawa Allah itu tuhan kita...
dan Muhammad itu nabi kita...
Allahu Akbar!!!!

Allah S.W.T telah mencipta manusia di atas muka bumi ini hanya untuk satu tugasan...
Allah S.W.T telah berfirman :
Tidak Aku menciptakan manusia dan jin selain dari menghambakan diri (beribadah) kepada-Ku...
Amar Ma'aruf wa Nahi Mungkar...
Adakah kita benar-benar mengikut apa yang telah termaktub di dalam Al-Quran al-Karim...
Adakah kita benar-benar menghayati????
Atau kita hanya mengikut dan faham sahaja???
Ingat, Rasullah S.A.W. pernah bersabda :
Ilmu yang tidak diamal itu ibarat pohon rendang yang tidak berubah...
Tiada guna kita mengetahui sesuatu namun kita tidak berama...

Mari kita sama-sama bermuhasabah untuk hari ini:
Adakah aku mengerjakan semua solat fardhu pada hari ini???
Adakah aku mengamalkan segala tuntutan agama pada hari ini???
Adakah aku mengamalkan sunnah Rasulallah S.A.W. pada hari ini???
Adakah aku menutup aurat hari ini???
Adakah aku mengerjakan 'amar ma'aruf dan nahi mungkar' pada hari ini???

Saya tidak dapat menjawab persoalan ini untuk anda...
Tapi anda sendiri yang perlu menjawab dan bermuhasabah dengan diri senndiri tentang persoalan-persoalan ini...

Karya: Luqmanul Hakim bin Joohari