SeLaMaT DaTaNg

Friday, November 27, 2009

eRti PeNgOrBaNaN



assalamualaikum w.b.t...
alhamdulillah, sama2 kita panjatkan kesyukuran kepada Rabbul Izzah kerana dengan rahmatnya, dapatlah ana menambah post terbaru di dalam blog ana nie...
antum dan antunna sekalian, alhamdulillah, pada tahun ini sekali lagi kita bertemu dalam sebuah bulan yang mulia iaitu bulan Zulhijjah, dan di dalam bulan ini terselit pelbagai kisah dan sejarah yang menemukan kita dengan salah satu lagi perayaan terbesar di dalam kalender Hijriah, yakni Eidul Adha ataupun yang lebih dikenali dengan Hari Raya Haji @ Hari Raya Qurban...
erm, ana ingin bertanyakan kepada antum dan antunna sekalian, apakah yang antum dan antunna faham mengenai perayaan ini???
adakah cukup sekadar mengetahui sejarah tentang Nabi Ismail dan bapanya, Nabi ibrahim a.s semata-mata???
atau adakah kita menyambut perayaan ini semata-mata untuk menyambut jemaah Haji yang sekarang ini sedang berada di Tanah Haram @ Makatul Mukarramah???
antum dan antunna sekalian, sebenarnya perayaan Eidul Adha ini adalah bertujuan untuk kita menghayati dan memahami apa yang telah dikorbankan oleh masyarakat yang terdahulu...
sesungguhnya masyarakat Muslim yang terdahulu telah banyak berkorban untuk memastikan syiar Islam masih kekal hingga ke hari ini...
tanpa mereka, mungkin Islam tidak pernah berkembang sehingga ke hari ini...
jadi, kita sebenarnya adalah generasi yang memikul beban dakwah untuk terus disebarkan di seluruh dunia...
supaya nur Islam akan terus menyinar di dalam dunia ini...

"renung-renungkan dan selamat beramal"

Saturday, November 21, 2009

kEnApE?? wHy?? LiMaZa??



aduhaii....
napela maksiat kat dunia nie semakin berleluasa???
adakah perlu kita persalahkan ibu yang mengandung???
atau nak salahkan benih yang terhasil dari ayah kita???
ish3...
assalamualaikum semua...
bertemu lagi kita sekali lagi untuk mendengar celoteh ana..
alhamdulillah, sekarang nie cuti sem dah pun bermula...
so, hari nie ana nak cerita le ckit ngan satu peristiwa time ana on the way nak balik umah aritu...
kejadian nie berlaku sewaktu ana menanti bas ana kat sebuah stesen bas yang dirahsiakan tempatnye...
sedang ana berjalan-jalan menuju ke kaunter untuk mengesahkan tiket, ana telah terpandang pada kelibat sepasang couple nie...
yang perempuan tu memang cute n menarik perhatian sesiapa yang terpandang...
tapi yang lelakinye, aduhai memang x sepadan ngan pompuan tersebut...
diorang berdua nie duduk di salah satu tempat yang disediakan di situ...
timbul satu hasrat dalam hati ana untuk terus melihat apa yang nak dilakukan mereka berdua...
setelah diobserve oleh ana, tetiba je ana lihat lelaki tersebut tanpa segan dan silu terus mencium mulut pompuan tersebut...
yang pompuan tu pun membalas cumbuan tersebut dengan penuh mesra...
astaghfirullah...
ana berfikir sejenak, diorang nie x sedar ke yang doorang tu berada di tengah2 orang awam...
yang lagi membuatkan ana bengang adalah, mereka berdua nie orang MELAYU...
aduhaii...
apa dah jadi ngan anak bangsa kita sekarang nie...
apa dah jadi dengan agama kita???
bukankah bangsa MELAYU nie mengamalkan adat dan adab yang baik...
nak dipendekkan cerita, ana terus pergi kat diorang nie...
ana nie jenis pantang bila berlaku maksiat di depan mata ana...
x perlulah ana nak ceritakan apa yang diorang buat selain dari bercumbuan tu...
ana tengok sampai meremang bulu roma ana...
antum dan antunna fikirlah sendiri yek???
ana terus menegur diorang berdua:
"assalamualaikum saudara?" ana berkata...
"wa'alaikumussalam w.b.t" lelaki tu jawab...
aduh owg Islam rupanye...
xpe2, sabar dulu luqman, sabar...
"erm, saya nak tumpang tanye nie" ana teruskan perbualan...
"a'ah, tanyela" lelaki tu jawab ngan selamba...
"kamu berdua nie x malu ke, kalau family saudara ngan saudari ada kat sini, kamu berdua berani buat macam nie?" ana terus sound diorg...
diorang pun terus terdiam membisu...
dan terus belalu pergi dari situ...
alhamdulillah, puas ati ana sebab dah berjaya membasmi kemungkaran nie...
iyelah, kita x bleh la nak diam bile berlaku sesuatu kemungkaran di depan mata kita...
kalau org yang berbangsa lain nie, ana x kesah sangat sebab mungkin agama diorg x ajar tentang adab2 nie...
tapi kita yang berbangsa Melayu nie ada adat dan adab yang perlu dipatuhi...
so, di kesempatan ini, ana nak menyeru kepada antum dan antunna semua untuk berani menegur org lain yang melakukan maksiat di depan mata kita...
insya-Allah, Allah akan bantu orang yang mebantu jalan agama-Nya...

'renung-renungkan dan selamat beramal'

Thursday, November 19, 2009

aKu NiE LaKi kE pOmPuAn???

nak ke jadi gini???
ish3....
nape ek owg zaman sekarang nie suke nak tukar2 jantina???
adakah ini salah ibu yang mengandung atau salah anak yang dikendong???
persoalannya sekarang, mengapa di Malaysia nie yang ramai nak jadi 'pondan' nie adalah dari golongan yang berbangsa melayu, dan yang dah bersumpah dari kecil yang mengakui diri mereka Islam???
hemmm...
ana waktu PLKN dulu pun pernah la kenal ngan seorang lelaki yang lembut...
ana pernah bertanya padanya: "sonok ke bercinta ngan insan sejenis??"
dia pun menjawab kat saya ngan suara jantannya: "sonokla gak, leh kikis duit lelaki, kalau jadi lelaki payah nak kikis duit pompuan"
mendengarkan jawapan tersebut, ana direct terus mengeluarkan sebuah hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Abdullah bin Mas'ud berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Allah S.W.T. melaknat wanita-wanita yang bertatu, dan meminta ditatu, wanita yang mencabut bulu wajah, dan yang meminta dicabut bulunya, serta wanita yang mengasah giginya agar kelihatan cantik dan menarik, yang mengubah-ubah ciptaan Allah S.W.T"
Terus lelaki terbabit terdiam dan berfikir sejenak...
Alhamdulillah, baru-baru nie, lelaki terbabit ada menghubungi saya dan berterima kasih kepada saya kerana menegurnya pada ketika itu...
Sekarang nie lelaki terbabit telah menjadi seorang lelaki tulen dan kelihatan amat kacak sekali...
Nak jadi gentleman nie memang bagus, tapi janganlah terlebih 'gentle'...
Bersyukurlah kita kepada Allah S.W.T dengan setiap apa yang telah dikurniakannya kepada kita...

'renung-renungkan dan selamat beramal'

InDaHnYa BuMi PeRmAi



Indahnya bumi permai...

Terpandangku di suatu sudut...

Aku lihat kanak-kanak riang bermain...

Riang dan tertawa...

Tidak ada duka...

Membesar dengan sempurna...

Melahirkan rasa bahagia...


Indahnya bumi permai...

Aku amat bersyukur...

Berada di sebuah bumi yang permai...

Tidak ada sengketa...

Tidak ada yang terluka...

Semoga keamanan ini...

Akan terus dihirup...

Generasi mendatang...


Karya: Luqmanul Hakim bin Joohari

Wednesday, November 18, 2009

tErKeNaNg La PlAk


assalamualikum w.b.t...
alhamdulillah, pada hari ini ana berkesempatan untuk melayari blog ana nie...

hari ini, bersamaan dengan 18 November 2009, adik2 kita akan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi pelajaran Malaysia...

maka segala perjuangan mereka akan bermula pada hari ini...
hari ini jugalah yang akan menjadi titik tolak kepada usaha yang telah diperolehi oleh mereka dalam tempoh dua tahun yang lepas...

insya-Allah, ana mendoakan yang terbaik untuk adik2 kita yang sekarang ini sedang berperang dengan sepenuhnya...
terkenang lagi ketika ana mengambil SPM satu masa dulu...
sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan, bagai nak luruh je jantung nie dibuatnye...

mana taknya, peperiksaan inilah yang akan menentukan hala tuju ana lepas nie..
tapi, alhamdulillah, ana bersyukur dengan result yang ana perolehi walaupun x dapat straight 'A'...

satu perkara yang paling penting adalah, kita mesti ingat bahawa, sepanjang kita menuntut ilmu nie bukanlah hanya semata-mata untuk peperiksaan je, kite menuntut ilmu nie sebenarnya adalah untuk mendapat redha Allah S.W.T, supaya kita mempunyai bekalan untuk dibawa ketika bertemu dengan Allah S.W.T. nanti...
setakat inilah dulu celoteh ana pada kali ini ye...

insya-Allah, ada masanye nanti, ana akan terus mengupdate post2 yang baru...

jika ada persoalan mengenai agama, antalah mesej atau kol je ana di: 013-3056853
insya-Allah, apa yang termampu, ana akan bantu...

'renung-renungkan dan selamat beramal'

Saturday, November 7, 2009

hArI iNi dALaM hIsToRy


Assalamualaikum semua, sahabat2 dan teman2...
Alhamdulillah, moga antum dan antuna semua sihat hendaknye...
Hari nie ana nak kongsile skit tentang ape aktiviti ana arini...
alhamdlillah, hari ini kmpulan nasyid ana telah mendapat dua jemputan untuk persembahan...
Persembahan pertama adalah untuk Academic English's Grand Finale dan yang keduanye kami telah mendapat jemputan utk memprsembahkan di sebuah majlis perkahwinan...
Alhamdulillah, persembahan tersebut telah berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang cacat cela, tapi kadang2 masalah teknikal nie x dapatle kami nak elakkan...
Sebenarnye ana dah lama menyetai kumpulan nasyid nie, tp cuma x dipublisitikan je...
Jadi, di kesempatan ini, ana nak la mempromosikan kumpulan nasyid kami nie...
Kumpulan ana nie terdiri daripada 9 org ahli yang dan seorang pengurus, Amir bin Subri...
Vokalis : Syahir, Najib, Luqman dan Aliff. Pemuzik : Rashdan, Hazrul, Syamsul, Karim dan al-Baqir...
Jadi kalau nak jemput buat performance ke marhaban ke, lehla contact manager kami: 017-4477145(Amir bin Subri)...
insya-Allah, kalau tempat jemputan tu dekat, dapatlah kami sampai...
syukran 'indallakum...

"renung-renungkan dan selamat beramal"

HiBuRaN dAlAm IsLaM


Alhamdulillah, hari nie ana nak mengupas satu tajuk iaitu mengenai hiburan dalam Islam, khas utk antum dan antunna semua...
sekarang nie kita dah banyak dengar tentang kemunculan pelbagai kumpulan nasyid2 alternatif seperti UNIC, IN-TEAM, HIJJAZ dan macam2 ag....
Tapi terdapat juga beberapa kritikan yang tak berapa sedap untuk didengari...
Ada yang menyatakan bahawa kumpulan2 nasyid sekarang ni banyak membawakan lagu2 berunsur cinta kepada manusia...
Memangle seperti yang kita semua sudah sedia maklum bahawa, tugas kumpulan2 nasyid nie adalah utk berdakwah kepada umat manusia,tetapi mengapa perlunya ada lagu2 yang berunsurkan cinta kepada manusia...
Untuk pengetahuan antum dan antunna semua, manusia nie memang x bleh lari dengan perasaan cinta dan untuk dicintai...
Jadi dengan kehadiran lagu2 yang berunsurkan cinta kepada manusia nie bukanlah satu kesalahan pada dasarnya...
Kebanyakan lagu2 nasyid nie ingin mengajak kita untuk bercinta dengan berlandaskan hukum syarak...
Sebagai contoh, lagu 'Bisikan Nurani' yang diperdendangkan oleh kumpulan INTEAM, lagu ini mengajar kita untuk memilih pasangan hidup kita iaitu : pada kecantikan, keturunan, harta dan pada agama...
Lagu ini tidak langsung menjurus kepada tujuan yang salah, bahkan ianya adalah berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W sendiri...
Jadi, pada pendapat ana, lagu2 sebeginilah yang akan membawa seseorang muslim itu kepada cinta yang hakiki sejurus membawa kita kepada cinta dan kasihkan Allah S.W.T...

"renung-renungkan dan selamat beramal"

Friday, November 6, 2009

pErUbAhAn

assalamualaikum antum wa antunna semua...
pasti saudara saudari sekalian rasa hairan dengan perubahan blog ana kan??
alhamdulillah, atas berkat dari usaha dan bantuan dari rakan-rakan, ana dah berjaya mengupgradekan blog ana nie...
seperti hidupan kita la...
kita perlu berubah dari yang baik kepada yang lebih terbaik...
sesungguhnya Allah sukakan hambaNya yang berubah kepada kebaikan...

kesempatan ini, ana nak berterima kasih kepada sahabat ana, Muhammad Amir bin Subri, yang banyak membantu saya dalam perubahan blog nie...
Jazakallau khairan kathira...

oleh itu, diharapkan, antum dan antunna semua acapkali akan melayari blog ana nie...
insya-Allah, pasni ana akan update blog ana setiap hari...
jangan lupa untuk tinggalkan comment di ruang yang ana dah sediakan ye...

'bErJuAnG KeRaNa ALLAH'

renung-renungkan dan selamat beramal

uNtUk aDiK2 SpM!!!


assalamualaikum semua...
alhamdulillah, hari nie, ana berkesempatan untuk tambah post terbaru dalam blog ana..
tema kita minggu nie adalah tentang cara-cara study yang betul...
yela, spm dah dekat, final exam pun dah start...

first and foremost, kalau nak berjaya kenala ade usaha dulu..
Islam sendiri pun mengajar kita untuk berusaha dalam menentukan hala tuju hidup kita...
firman Allah S.W.T:
"sesungguhnya aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka yang mengubah nasib mereka sendiri"

secondly, sebelum nak masuk exam hall, gunakan kaedah pernafasan yang betul:
tarik nafas melalui hidung dalam kiraan tujuh, dan hembuskan nafas melalui mulut dalam kiraan 21. insya-Allah, kaedah nie boleh membuatkan kita rasa tenang dan hilangkan rasa berdebar-debar sebelum menjawab kertas soalan...

thirdly, waktu nak jawab paper sheet tu, kenala banyakkan selawat dan banyakkan membaca ayat 'alam nasyrah laka sadrak'.
dan waktu menjawab juga, jangan selalu serabutkan kepala kita ngan benda2 yang x penting. focus 100% kat question sheet tu...

fourth, bila dah habis jawab soalan, jangan lupa semak semula, pastikan anda sudah menjawab kesemua soalan yang diberikan. kalau ada was-was dengan jawapan, it's better if you stay with the first answer. sebab selalunya jawapan yang pertama dijawab tu adalah jawapan yang tepat...

and the fifth, jangan lupa untuk berdoa kepada Allah dan seelok-eloknya, banyakkan solat hajat...

gunakan kaedah D U I T = Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakal

'SEMOGA ADIK-ADIK DAN KAWAN-KAWAN BERJAYA DI DALAM PEPERIKSAAN ANDA'

"renung-renungkan dan selamat beramal"