SeLaMaT DaTaNg

Saturday, November 7, 2009

HiBuRaN dAlAm IsLaM


Alhamdulillah, hari nie ana nak mengupas satu tajuk iaitu mengenai hiburan dalam Islam, khas utk antum dan antunna semua...
sekarang nie kita dah banyak dengar tentang kemunculan pelbagai kumpulan nasyid2 alternatif seperti UNIC, IN-TEAM, HIJJAZ dan macam2 ag....
Tapi terdapat juga beberapa kritikan yang tak berapa sedap untuk didengari...
Ada yang menyatakan bahawa kumpulan2 nasyid sekarang ni banyak membawakan lagu2 berunsur cinta kepada manusia...
Memangle seperti yang kita semua sudah sedia maklum bahawa, tugas kumpulan2 nasyid nie adalah utk berdakwah kepada umat manusia,tetapi mengapa perlunya ada lagu2 yang berunsurkan cinta kepada manusia...
Untuk pengetahuan antum dan antunna semua, manusia nie memang x bleh lari dengan perasaan cinta dan untuk dicintai...
Jadi dengan kehadiran lagu2 yang berunsurkan cinta kepada manusia nie bukanlah satu kesalahan pada dasarnya...
Kebanyakan lagu2 nasyid nie ingin mengajak kita untuk bercinta dengan berlandaskan hukum syarak...
Sebagai contoh, lagu 'Bisikan Nurani' yang diperdendangkan oleh kumpulan INTEAM, lagu ini mengajar kita untuk memilih pasangan hidup kita iaitu : pada kecantikan, keturunan, harta dan pada agama...
Lagu ini tidak langsung menjurus kepada tujuan yang salah, bahkan ianya adalah berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W sendiri...
Jadi, pada pendapat ana, lagu2 sebeginilah yang akan membawa seseorang muslim itu kepada cinta yang hakiki sejurus membawa kita kepada cinta dan kasihkan Allah S.W.T...

"renung-renungkan dan selamat beramal"

No comments:

Post a Comment