SeLaMaT DaTaNg

Friday, November 27, 2009

eRti PeNgOrBaNaN



assalamualaikum w.b.t...
alhamdulillah, sama2 kita panjatkan kesyukuran kepada Rabbul Izzah kerana dengan rahmatnya, dapatlah ana menambah post terbaru di dalam blog ana nie...
antum dan antunna sekalian, alhamdulillah, pada tahun ini sekali lagi kita bertemu dalam sebuah bulan yang mulia iaitu bulan Zulhijjah, dan di dalam bulan ini terselit pelbagai kisah dan sejarah yang menemukan kita dengan salah satu lagi perayaan terbesar di dalam kalender Hijriah, yakni Eidul Adha ataupun yang lebih dikenali dengan Hari Raya Haji @ Hari Raya Qurban...
erm, ana ingin bertanyakan kepada antum dan antunna sekalian, apakah yang antum dan antunna faham mengenai perayaan ini???
adakah cukup sekadar mengetahui sejarah tentang Nabi Ismail dan bapanya, Nabi ibrahim a.s semata-mata???
atau adakah kita menyambut perayaan ini semata-mata untuk menyambut jemaah Haji yang sekarang ini sedang berada di Tanah Haram @ Makatul Mukarramah???
antum dan antunna sekalian, sebenarnya perayaan Eidul Adha ini adalah bertujuan untuk kita menghayati dan memahami apa yang telah dikorbankan oleh masyarakat yang terdahulu...
sesungguhnya masyarakat Muslim yang terdahulu telah banyak berkorban untuk memastikan syiar Islam masih kekal hingga ke hari ini...
tanpa mereka, mungkin Islam tidak pernah berkembang sehingga ke hari ini...
jadi, kita sebenarnya adalah generasi yang memikul beban dakwah untuk terus disebarkan di seluruh dunia...
supaya nur Islam akan terus menyinar di dalam dunia ini...

"renung-renungkan dan selamat beramal"

No comments:

Post a Comment