SeLaMaT DaTaNg

Thursday, October 13, 2011

pELaYaRaN!!!


dalam melayari samudera kehidupan,
setiap tapak kakiku menjadi penentu,
adakah aku akan tiba di hentian yang benar,
atau sampai di hentian yang palsu,
acapkali ku lihat dalam kehidupan ini,
penuh dengan onak dan duri,
mencari yang benar itu,
ibarat permata dalam kaca.

jika disukat kehidupan dunia,
kebanyakan ia membawa derita,
mencari yang bahagia sedikit sahaja,
setiap perlakuan baik diejek semata,
setiap perbuatan buruk dilaku selamba,
berbeza ia dengan Maha Pencipta,
setiap yang baik ditambah pahala,
setiap yang buruk dosa diganda.

dalam melayari samudera kehidupan,
setiap tapak kakiku bisa jadi penyelamat,
selagi cinta Ilahi terus tersemat,
Dia itu Maha Melihat,
agar setiap langkahku tidak tersesat,
agar membantuku di negeri akhirat,
agar aku merasai abadi nikmat.

karya : Luqmanul Hakim bin Joohari
(13 Oktober 2011/10.03PM)

Tuesday, October 11, 2011

mUsiBaH n KiFaRaH!!!


Assalamualaikum, sahabat2 n teman2 ana yang dirindui dan disayangi sekalian...(mengadanya..hehe)... sekali lagi kita bertemu di blog Indahnya Ciptaan Ilahi... apa khabar antum dan antuna semua? doa ana agar antum dan antunna semua sihat wal'afiat... emm, alhamdulillah sekali lagi ana dapat meng'update' sambil berkongsi-kongsi cerita dengan antum dan antunna semua... Innalillahi wainna ilaihi raji'un... pada malam semalam, ana baru sahaja ditimpa dengan satu musibah yakni kemalangan kecil dengan sebuah kereta di sebuah persimpangan... Namun, segala puji-pujian ke hadrat Allah SWT kerana Allah masih lagi memberikan rahmat hidup ke atas diri ana ini... Allah Maha Kuasa, wahai sahabat-sahabatku sekalian... jika Allah ingin mendatangkan sesuatu musibah atau ingin menarik nyawa seseorang, Dia tidak pernah berkira di mana tempat atau masa untuk Dia mendatangkan musibah tersebut, biarpun tempat itu di'guaranty' selamat sekalipun... Ramai manusia di dunia ini suka mengeluh apabila didatangkan sesuatu musibah, teman-temanku... Acapkali kita dengari keluhan-keluhan seperti, "adoi, asyik2 aku, xdak org lain ka nk kena mcm nie" , "ish, awatla aku dilahirkan dengan nasib malang macam nie", "bodoh btulla, aku dah bawa betul2 pown boleh eksiden gak, kalau aku tau nk eksiden, baik aku xyah ambil lesen dulu". memang x dinafikan, kadang2, ana sendiri pun suka mengeluh... tapi, sahabat-sahabatku, kita sentiasa terlupa dengan satu perkara, sesungguhnya manusia2 yang selalu ditimpa musibah dan bencana ini adalah antara manusia2 yang dipilh oleh Allah SWT... Allah SWT sangat mengambil berat kepada manusia2 ini... Sesungguhnya setiap musibah itu adalah kifarah bagi dosa2 kita yang dahulu... kifarah merupakan perkataan bahasa Arab yang membawa maksud penebus... tidakkah sahabat-sahabat berasa gembira jika Allah menghapuskan dosa-dosa kita di dunia ini sebelum kita bertemu dengan-Nya di akhirat kelak? dan waktu kita bertemu dengan Allah nanti, akaun dosa kita sudah di'clear'kan dan Allah SWT memandang kita dengan pandangan yang mulia? pasti pada saat itu kita merasakan kebahagiaan yang abadi sehingga kita terlupa segala kesakitan yang kita rasakan ketika ditimpa musibah di dunia dahulu... Ingatlah teman-temanku, Allah tidak pernah mendatangkan sesuatu tanpa sebab dan musababnya... maka beruntunglah bagi mereka yang ditimpa musibah di dunia ini kerana Allah SWT amat prihatin kepada insan2 tersebut... setakat ini dahulu, teman2 ku... semoga kita sentiasa berada dalam pemerhatian-Nya... insyaAllah...

'renung-renungkan dan selamat beramal'

Monday, October 10, 2011

ciNtAkU!!!

Awan mendung di pagi hari,
Gerimis mengundang di waktu petang,
Peristiwa semalam terus ku ingati,
Hanyut membawa mindaku yang tenang.

Mengintai dari kamar hatiku,
Mengenang kembali apa yang dilalui,
Biarpun sebak membiarkan berlalu,
Apa kumampu sudah terjadi.

Tidur ku tidak lagi bermimpi,
Mengenang dosa yang telah ku laku,
Biar doaku penebus diri,
Memohon keampunan dari Tuhan-Ku.

Sedih dan pilu bila ku kenang,
Apa yang telah aku lakukan,
Jika diriku diberi peluang,
Masa yang lalu ingin aku putarkan.

Mencari teman bukan permasalahan,
Untuk setia dugaan yang mencabar,
Ku akur ku redha ini dugaan,
Kerana masa depanku lebih beronar.

Percintaan manusia tak selamanya kekal,
Percintaan tuhan itu yang hakiki,
Kurniaan Tuhan fikiran dan akal,
Supaya iman dan akidah tak pernah lari.

~renung-renungkan dan selamat beramal~
karya : Luqmanul Hakim bin Joohari
(10 Oktober 2011/12.47PM)

Tuesday, October 4, 2011

bAkAt & pEnULiSaN!!!


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani... Segala Puji ke Hadrat Allah SWT kerna dengan limpah dan rahmatnya, sekali lagi ana dapat menghadap True Gooners untuk meng'update' blog ana nie. (True Gooners tu nama lappy saya ye teman2)... owh, apa khabar pelayar2 blog 'Indahnya Ciptaan Ilahi' yang dirahmati Allah sekalian? Harap semuanya sihat2 belaka... iyelah, sekarang nie musim demam... salah seorang kawan serumah saya pun baru sahaja jatuh demam, hinggakan makan pun dah tak berselera... jadi, bak kata perumpamaan Inggeris :"prevent is better than cure", atau dalam peribahasa melayu : "sediakan payung sebelum hujan", ana nasihatkan agar sahabat2 sekalian banyakkan minum air masak dan jangan main hujan tau... hehe... emm, berbalik kepada tajuk kita pada kali ini, 'Bakat & Penulisan', sebagai muqaddimahnya, alhamdulillah, baru2 ini ana baru sahaja memenangi Pertandingan Mengarang Esei bersempena Karnival Buku Pulau Pinang anjuran Persatuan Penulis Pulau Pinang... Pada asalnya, ana sendiri tidak menyangka rezeki hadiah pertama telah ditentukan Allah SWT untuk diri ana nie. ini kerana peserta2 yang menyertai pertandingan tersebut bukan calang2 hebatnya, dari peringkat student hinggalah ke peringkat educator... ramai insan yang berkata "bolehla dy menang, dah dy ada bakat"... tapi sahabat2 ku, ingin ana mengubah persepsi tersebut. ini kerana tiada apa yang mudah di dunia ini... bakat, jikalau tidak diasah, tidak akan memberi apa2 hasil... Firman Allah SWT di dalam al-Quran al-Karim, "Sesungguhnya Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri"... jadi, bakat tanpa usaha ibarat akaun bank tanpa wang... emm, Allah SWT amat menyukai hamba2 Nya yang berusaha... setiap insan telah dilahirkan dengan bakat@kelebihan dan kekurangan masing2... ingatlah sahabat2 ku, sesungguhnya Allah Maha Adil... misalnya, jika seseorang lemah dalam berkarya, mungkin insan tersebut hebat dalam bersukan... tapi kita perlu berwaspada, teman2 ku... kadang2 kelebihan itu akan menjadi senjata pemusnah bagi diri sendiri jika kelebihan itu diselitkan dengan unsur2 riak... manakala kelemahan boleh menjadi senjata paling berkuasa dalam diri jika kita dapat mengatasinya... Sesungguhnya Allah SWT tidak pernah membebankan hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukannya... setakat ini dahulu, sahabat2 ku... InsyaAllah, jikalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki ana, kita akan berjumpa lagi... Illal Liqa'...

~renung-renungkan dan selamat beramal~

Wednesday, September 28, 2011

uSiA!!!

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada seluruh pelayar-pelayar blog ana sekalian... apa khabar antum dan antunna semua??? diharapkan semuanya sihat wal'afiat hendaknya... Alhamdulillah, ana baru sahaja berjaya menamatkan pelajaran ana dalam bidang perundangan... emm, dah lama rupanya ana x meng'update'kan blog ana nie rupanya kan??? biasalah, bila dah semakin berusia ni, semakin banyaklah tanggungjawab yang harus dipikul, kan? tambahan pula sebagai anak sulung dalam keluarga... terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan... oh, ya... menyebut mengenai 'usia', bersamaanlah dengan tajuk untuk post ana pada kali ini... emm, bila sebut pasal usia ya teman-teman, xdak sesiapapun yang nak ambil kisah... mestilah bila kita fikirkan mengenai usia kita, kita selalu terfikir, 'alamak, i dah makin tua la sekarang'... pejam celik, pejam celik, ana sekarang pun telah memasuki usia 22 tahun 20 hari pada hari ini... dah tua rupanya ana sekarang nie, rupanya...(tapi wajah maintain cute... hehe)... emm, sekarang ni marilah sama2 kita renungkan balik, sepanjang usia kita hidup di muka bumi Allah ni, dah berapa banyak amal yang dah kita lakukan, dan dah berapa banyak kita lakukan kemungkaran??? emm, kalau kita benar2 bermuhab=sabah diri kita, mesti kita rasakan bahawa kita ni masih belum bersedia untuk meninggalkan dunia ini disebabkan amal kita yang masih belum mencukupi... sahabat-sahabatku ingatlah, pabila usia semakin meningkat, bukan bermaksud perjalanan hidup kita semakin panjang bahkan semakin pendek... sedangkan Rasulullah SAW yang kita sangat cintai dan sangat dikasihi oleh Allah SWT sekalipun hanya hidup 63 tahun... inikan pula kita yang masih kurang jelas tempat kita di sisi Allah SWT... janganlah ketika helaan nafas kita yang terakhir barulah kita sedari akan dosa2 kita dan menyesal dengan hidup ini, kerana pada saat dan ketika itu, taubat nasuha sekalipun sudah tidak berguna... jadikanlah diri kita yang sentiasa mengingati mati, apabila kita sentiasa mengingati mati, barulah segala perlakuan, pergaulan dan percakapan kita akan terbatas... memang kenikmatan hidup di dunia ini sentiasa membuatkan kita tidak ingin berpisah dari dunia ini, tapi sedarlah sahabat-sahabatku sekalian, kenikmatan hidup di syurga itu lebih indah dan tidak akan pernah tercapai oleh kewarasan akal fikiran kita... sentiasalah bermuhasabah diri kita, teman-temanku... dan sebagai salah satu langkah mudah dalam bermuhasabah diri, antaranya adalah : sebelum melelapkan mata, renungkan kembali perjalanan harian hidup kita pada hari tersebut, kemudian pohon keampunan dari Allah SWT sekiranya ada melakukan kesilapan pada hari tersebut dan ucapkan puji-pujian kepada Allah SWT jika kita ada melakukan kebaikan pada hari tersebut dan letakkan azam untuk menjadi hamba yang terbaik apabila bangun dari tidur pada keesokan harinya... setakat itu dulu teman-temanku buat kali ini... insyaAllah, jika dipanjangkan umur, ana akan terus-menerus menulis catatan di blog ana ini sebagai tazkirah kita bersama...

~ renung-renungkan dan selamat beramal ~

Friday, February 18, 2011

kU hAnYa MiLiKmu!!!

Assalamualaikum, wahai pelayar2 blogger ana sekalian...
Alhamdulillah, pada pagi yg hening nie, ana dapat untuk mengupdate blog ana nie...
First and foremost, ana ingin menyusun 10 jari kerana sudah terlalu lama ana tidak mengupdate blog ana nie...
Ana skrang sudah berada di semester terakhir pembelajaran...
InsyaAllah, ana akan menamatkan pembelajaran dengan jayanya...
ku hanya milikmu-Mu...
itulah tajuk post ana pada kali ini..
Alhamdulillah, sepanjang kita diberikan rahmat hidup ini, terlalu banyak dugaan dan cabaran yg telah kita semua lalui...
Ana percaya, antum dan antunna semua mesti berasa ingin berputus asa dalam banyak perkara...
tetapi percayalah wahai sahabat2 ku sekalian, biarlah kita susah di dunia ini, agar kita menemui kesenangan di akhirat yg abadi...
tidak ada perkara yang mudah di dunia ini...
Hidup kita ini tidak pernah lari dari melakukan dosa, tetapi percayalah sahabat2 ku, janji Allah SWT amat benar...
Jikalau kita melakukan dosa sebesar gunung dan seluas lautan sekalipun, keampunan Allah sentiasa ada...
sentiasalah kita muhasabahkan diri kita dan serahkan segalanya kepada Allah SWT SELEPAS kita BERUSAHA...
satu kata kunci yg paling penting iaitu 'SELEPAS BERUSAHA'.
ingatlah, walau sekuat mana pun kita berserah kepada Allah SWT, tetapi tidak didatangi dengan USAHA yang SEBENARNYA, tidak akan berjaya sesuatu perkara itu...
Benarlah Firman Allah SWT yg brmaksud, Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi mana mereka tidak BERUSAHA untuk mengubahnya...
Selepas berusaha, barulah kita serahkna segalanya kepada Allah SWT...
Kerana kita semua hanyalah milik-NYA...
ssetakat itu dahulu coretan ana pada kali ini...
insyaAllah di lain masa kita berjumpa lagi...
Ma'assalamah....

Sunday, January 23, 2011

U-Turn Ke Jalan Yang Diredhai-Nya

“Assalamualaikum, maaf cikgu, saya lambat”, kata Aisyah yang terlambat ke kelas tambahannya pada petang itu. Cikgu Alif hanya tersenyum dan memberikannya helaian kertas latihan. Aisyah mengambil tempat duduk berhampiran dengan sahabat baiknya.

Firdaus yang dari tadi hanya tertunduk cuba meyakinkan hatinya yang dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Aisyah. Lama sudah dia memendam rasa. Dia sedar siapalah dia dibandingkan dengan Aisyah, seorang gadis yang cantik, bijak dan beragama.

Sepanjang mengenali Aisyah, jarang-jarang sekali dia melihat Aisyah berbual dengan lelaki lain, pakaiannya juga sentiasa menutup aurat, Perilakunya lemah-lembut, senyumannya manis. Itulah yang menarik hati Firdaus. Sedangkan Firdaus hanya seorang pelajar yang rendah akhlaknya, dia sendiri mengakui hal itu.Biarpun menuntut di sekolah agama, tetapi solatnya entah ke mana dan waktu-waktunya sering disibukkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Suatu petang,Firdaus duduk berehat di halaman rumahnya sambil membaca majalah hiburan, dia memang tidak pernah ketinggalan dari segi hiburan. Tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara seorang perempuan memberi salam. Firdaus menghampiri pintu pagar. Hampir terkeluar biji matanya melihat Aisyah sedang berdiri sambil memegang bungkusan yang tidak tahu apa isinya.

“Ganggu ke? Maaf lah..ni mak saya suruh hantar kepada mak awak. Asyraf pulang ke kampung .”Firdaus hanya membalas dengan ucapan terima kasih. Mereka berbalas salam dan Aisyah berlalu pergi.

Asyraf... apakah kaitan Aisyah dan Asyraf? Semalaman Firdaus memikirkan perkara tersebut. Asyraf adalah rakan baiknya di kelas tambahan. Tetapi tidak pernah pula Asyraf menyebut tentang Aisyah. Dia akhirnya terlena. Dalam lenanya Aisyah bertandan lagi, cukup indah sekali baginya.

Keesokan paginya dia bangkit, bangkit dengan satu azam! Ya. Dia telah bertekad. Dia mahu meluahkan perasaannya kepada Aisyah. Dia mahu memiliki Aisyah. Tidak mahu terlambat, Aisyah tidak boleh dibiarkan jatuh ke tangan orang lain.Terketar-ketar tangannya menaip mesej menghulurkan salam perkenalan kepada Aisyah.

Seketika kemudian telefonnya berbunyi. Menandakan ada mesej yang diterima. Alangkah gembiranya dia apabila salam perkenalannya disambut mesra. Mereka terus berbalas mesej selama beberapa hari.

Bagi Aisyah tiada salahnya hanya berkawan. Tidak pula dia sedari maksud sebenar Firdaus. Aisyah juga mengagumi wajah tampan Firdaus, tetapi perasaan itu disembunyikan daripada sesiapa pun. Aisyah yakin dia pasti akan diejek lantaran perwatakan buruk Firdaus. Tiga hari selepas perkenalan mereka, Firdaus berjaya mengumpul kekuatan untuk meluahkan rasa hatinya kepada Aisyah.

“Saya nak tanya awak satu soalan, boleh?, “Apa dia?”, Aisyah membalas ringkas.

“Kalau saya nak couple dengan awak, awak nak tak?”, Terasa hampir gugur jantung Aisyah tatkala membaca mesej Firdaus itu.

Tidak disangka sejauh itu niat Firdaus. Dia buntu memikirkan jawapannya. Memang sepatutnya dia menjawab “tidak” dengan tanpa ragu- ragu. Bukan dia tidak tahu couple itu hukumnya haram. Tetapi hatinya terus mendesak untuk dia berkata ya.

Firdaus juga sudah berjanji untuk berubah jika Aisyah menerimanya. Dia meminta masa selama tiga hari daripada Firdaus untuk memberikan jawapan. Firdaus pula hanya bersetuju. Tetapi sebenarnya Firdaus hairan kerana sebelum ini gadis-gadis yang ”dilamarnya” pasti akan bersetuju tanpa berfikir panjang.

Tempoh tiga hari yang dipinta Aisyah sudah berakhir. Firdaus menghantar mesej meminta jawapan daripada gadis itu. Aisyah sudah bersedia dengan jawapannya. Firdaus menanti dengan penuh debaran sama ada dia dapat memiliki gadis yang dicintai dan dikaguminya. Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Terketar-ketar tangan Firdaus membuka mesej.

“Maaf, saya tak boleh. Saya tak tahu kenapa tetapi saya rasa takut.”

Firdaus hanya terkebil-kebil. Spontan jarinya menaip mesej.” Tapi kenapa?” dan mesejnya dibalas “ Sabda Rasulullah s.a.w “Barang siapa yang jatuh cinta, lalu menyembunyikannya dan memelihara kesucian dirinya serta bersabar sampai dia meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang mati syahid.”

“Kuno betul...macam orang tua dulu-dulu je. Kau ingat kau cantik dan baik sangat ke? Sombong...memilih pulak. Jadi anak dara tua nanti baru kau tahu!”, bentak Firdaus dalam mesejnya.

Aisyah merenung telefon bimbitnya, dan tanpa disedari air matanya menitis. Bukan dia menyombong, dan bukan pula dia memandang rendah pada Firdaus.

Sejujurnya ada perasaan cinta yang dipendam, namun dia lebih cintakan Allah, Allah tetap cinta utamanya. Dia nekad untuk membuat perubahan dalam diri dan mengabaikan cinta dunia buat masa ini. Banyak lagi yang perlu diutamakan. Dia sedar masih jauh perjalanannya.

Setahun berlalu, Firdaus masih hanyut dalam dunianya sendiri. Dia masih belum dapat melupakan Aisyah. Baginya Aisyah seorang yang terlalu ekstrem dalam agama sehinggakan untuk bercouple pun dia takut, sedangkan pada zaman ini bercouple adalah trend masa kini. Baginya mereka masih boleh bercouple dan dalam masa yang sama, menjaga ada dan batas pergaulan mereka.

.

Suatu hari, Fitri, abang kepada Firdaus yang seorang pelajar perubatan di University of Bristol,UK pulang bercuti. Firdaus dan Fitri memang amat rapat sejak mereka kecil lagi namun kedua mereka mempunyai sikap yang sangat berbeza. Malam itu Firdaus datang ke bilik Fitri untuk berbual-bual dan melepaskan rindu. Firdaus berbaring di katil Fitri sambil termenung memandang syiling sementara menunggu Fitri yang sedang mandi.

Dari laptop Fitri lagu "UNIC-Atas Nama Cinta” berkumandang memenuhi ruang kamar itu. Firdaus hanya menikmati iramanya tanpa menghayati maknanya.

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redhaNya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
NikmatNya
SyurgaNya
CintaNya....

Tersentak Firdaus mendengar bait-bait kata lagu itu, seperti ada kaitan dengan dirinya. Bayangan Aisyah muncul di fikirannya, dia memainkan semula lagu itu dan kini dia betul-betul menghayati maksudnya. Pelbagai persoalan bertandang di kotak mindanya.

Sebaik sahaja Fitri selesai mandi, Firdaus segera bertanya kepada abangnya:

“Pit, kau kat sana tak ada girlfriend ke?”

“Hish kau ni, studytak habis lagi nak ada girlfriend apanya”.

“Kawan-kawan kau pun tak ada girlfriend?”

"Kawan-kawan aku adalah yang dah ada girlfriend.”

“Habis tu kau tak nak ada girlfriend? Muka kacak tak kan tak ada orang nak ? Ke sikit je Melayu kat sana?”

“Orang Melayu ramailah jugak. Tapi aku rasa ibu dan ayah tak bagi kot aku kahwin sekarang.”

“Pit! Alamak Pit. Aku bukan suruh kau kahwin la. Aku tanya ada tak kau couple dengan siapa-siapa.”

“Hish...Aku faham kau bukan suruh aku kahwin. Tapi tiada hubungan yang sah sebelum kahwin. Jodoh kita Allah dah tentukan.”

“Tapi kita kena lah cari,kan? Takkanlah jodoh datang macam tu je kat depan muka pintu?”

“Memang lah jodoh kena cari, tapi cari dengan cara yang diredhai Allah. Always remember my brother, matlamat tak menghalalkan cara. Tak pernah...”

“Habis tu macam mana nak jumpa jodoh kalau macam tu?”

Firman Allah SWT:

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).[Surah An Nur, ayat 26]

“Wow. Kau pergi sana jadi ustaz ke? Habis tu maksudnya aku akan dapat perempuan tak baik la? Sebab aku ni macam jahat je.”

“Mungkin ya, mungkin tidak. Allah yang merancang. Kadang-kala Allah jadikan sebaliknya untuk kita saling melengkapi.”

“Kau nak isteri macam mana Pit ?”

“Kalau boleh aku nak isteri yang cintakan aku, rindukan aku..Dan semuanya kerana Allah.

“Aduhai... hahaha! Lawaknya. Habis tu kalau tak cantik macam mana?”

“Cantik tu subjektif la. Bagi aku cantik yang sebenarnya tu cantik dalaman. Because it will never fade away. Kalau kau sayang dia sebab cantik luaran semata-mata, kecantikan tu tak kekal, cuba kau bayangkan muka dia masa umur 80-an, kau sayang dia lagi tak agak-agaknya masa tu? Sebab tu bukan perkara main-main nak cari isteri, kena minta pandangan Allah. Insyaallah boleh berkasih-sayang sampai ke syurga. Jadi ketua bidadari aku kat syurga nanti. Rumahtangga pun diberkati.”

“Habis tu kalau couple tu jahatlah?”

“Allah larang kita bercouple. Kenapa? Nah. Baca artikel ni” Kata Pit sambil menghulurkan helaian artikel yang menjelaskan hukum couple.

“Rasulullah SAW pun pernah bersabda, kalau kita mengahwini seorang perempuan kerana agamanya, nescaya beruntunglah kita, insyaAllah”, pesan Fitri lagi.

“Oh...okey. Apa-apa pun, terima kasih ye. Okey lah Pit, aku nak tidur dah ni. Selamat malam.”

Malam itu tidur Firdaus tidak lena. Artikel itu pun sudah beberapa kali dikhatamnya. Rasanya dia sudah faham mengapa Aisyah menolak cintanya. Rasanya Aisyah seorang yang berpandangan jauh. Jauh sampai ke akhirat, bukan untuk dunia semata-mata.

Semalaman dia tidak dapat tidur. Dia melangkah ke bilik Fitri untuk berbual lagi dengan abangnya itu. Dia tidak pasti sama ada Fitri sudah tidur atau belum. Jam menunjukkan sudah pukul tiga pagi.Jika dahulu, Fitri masih mentelaah pelajaran waktu ini. Berhati-hati pintu bilik Fitri dikuak, kelihatan Fitri sedang berteleku di atas sejadah.

Perlahan-lahan Firdaus menghampiri Fitri yang sedang khusyuk berdoa dalam esak tangis. Dalam doanya dia menyebut:

“ Ya Allah ya Tuhanku... KasihMu sentiasa segar dalam setiap hembusan nafasku. Betapa lemahnya hambaMu ini. kepadaMu kelak tempatku kembali, janganlah kau biarkan cintaku terhadap dunia yang menipu daya ini melebihi cintaku padaMu.”

Jantung Firdaus mulai berdegup kencang semasa mendengar luahan hati Fitri di dalam doanya. Firdaus segera berlari menuju ke biliknya, dia menangis sepuas hati , entah dari mana datangnya air mata yang begitu kuat sekali mengalir membasahi pipinya, dia juga kurang pasti. Yang dia tahu hatinya terasa tidak tenang, dia mempunyai segala-galanya namun masih terasa kekosongan.

Terasa betapa jauhnya dia dari Tuhan. Betapa lemahnya dia. Dia mengambil wuduk dan menghamparkan sejadah, berhabuk sejadah itu diselaputi kejahilannya. Dia menunaikan solat fardhu Isyak. Hatinya berasa sedikit tenang.

Esoknya, pagi-pagi lagi dia telah berjumpa Fitri.

“Pit, aku rasa macam nak berubah la.”

“Alhamdulillah. Gembira aku dengar, tapi tiba-tiba je?”, tanya Fitri sedikit kehairanan.

“ Sebenarnya semalam aku dengar kau minta ampun pada Allah, kenapa kau menangis? Aku rasa kau ni macam baik sangat. Tak macam aku ni...”

“ Baik la sangat kan. Daus, cuba bandingkan amalan kita dengan amalan para nabi dan sahabat, macam langit dengan bumi! Aku takut Allah tak terima taubat aku selama ini. Hari-hari macam-macam dosa aku buat, ada yang sedar, ada yang tak sedar. Itu tak termasuk lagi dosa masa zaman jahiliah aku dulu.”

“Kau tak rasa malu ke kalau ada orang tahu lelaki macho macam kau ni menangis malam-malam?”

“ Malu? Kenapa? Daus,memang malu tu sebahagian daripada iman, tapi malu kenalah bertempat. Hakikatnya malu itu tak mendatangkan sesuatu pun melainkan kebaikan . Bukan satu perkara yang memalukan pun.

Nabi Muhammad SAW, pemimpin umat, ketua negara. Baginda telah dijanjikan Allah tempat di syurga namun baginda masih beristighfar tidak kurang 100 kali sehari, kita macam mana? Baginda sembahyang sampai bengkak-bengkak kaki, kita pula?

“ Best ke menangis malam-malam ini.”

“ Best. Best sangat. Macam kau bercakap dengan seorang yang setia dengar tak kira apa pun masalah kau, tak kira masa. Yang tak hina kelemahan kau. Dia bagi kekuatan pula pada kau. Yang tak jemu dengar rintihan kau. Yang pujuk kau dengan janji-jani yang pasti. Yang suka dengar permintaan kau. Yang beri kau rezeki. Yang tahu apa yang terbaik untuk kau. Macam i tulah rasanya.”

“Ada ke orang yang macam tu?”

“Memang tak ada lah yang setia macam tu. Hanya Allah yang Maha mendengar. Allah dekat dengan kita.”

Allah berfirman:

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [Al-Baqarah: 186]

Indahkan ayat-ayat Allah? Jadikan Allah sebagai kekasih kita, dan Quran adalah ayat-ayat cintaNya. 200% sure akan rasa bahagia lepas ni, sampai akhirat, selama-lamanya...insyaAllah.”

Fitri menghulurkan sebuah buku bertajuk tulisan Imam al-Ghazali yang telah diterjemahkan. Dia berasa cukup bahagia dengan minat adiknya untuk berubah. Dalam hatinya dipanjatkan doa agar adiknya terus istiqamah di jalan Allah.

“Kalau nak berubah kena kuat tau, macam-macam dugaan. Dunia ni penuh tipu daya. Bukan suruh kau abaikan dunia sampai tak belajar, tapi buat apa-apa pun mesti kerana Allah. Allah suruh kita teroka ilmu sedalam mungkin. Kena istiqamah tau. Apa-apa masalah rujuk la ustaz ke… atau orang-orang alim, jangan pergi tanya orang sesat pula.”

“Tak tua sangat ke aku ni nak u-turn semula?”.

“ Tua ke? Aku lagi tua. Umur baru 16 dah kata tua. Bro, never too old to learn, never too late to turn. Aku akan selalu doakan kau. Uhibbuka fillah khair kathira.”

“ Okey, thanks Pit. Kau memang understanding lah..,uhibbuka fillah aidhon. bluek!”, usik Firdaus sebelum melangkah keluar dari bilik Fitri.

Perubahan sikap Firdaus sedikit sebanyak telah menjadi perangsang kepada mereka untuk turut berubah. Buku itu mula dibelek-belek. Setiap helaian dihayati dengan penuh minat. Hatinya terasa tenang. Sedikit demi sedikit perubahan dilakukan dalam dirinya. Hobi lamanya yang tidak berfaedah sudah lama ditinggalkan.

Dia juga mula berdakwah kepada rakan-rakan dan ahli keluarga. Pada mulanya dia mendapat cemuhan, kata mereka Firdaus berubah untuk Aisyah, tetapi Firdaus tetap dengan prinsipnya kerana dia yakin Allah dekat dengannya dan Allah Maha Mengetahui niatnya.

Kecekalan dan ketabahan Firdaus berkat rahmat ilahi mendekatkan dirinya dengan cita-citanya untuk bergelar seorang doktor yang akan mampu merawat penyakit jasmani dan rohani bangsanya. Dia kini bergelar seorang graduan dari Universiti Ain Shams.Menunggu untuk melapor diri di Hospital Tengku Ampuan Fatimah, Pekan Pahang.

Tengahari tadi juga dia selamat diijab kabulkan dengan bidadari yang dinantinya sekian lama, Aisyah Humaira’ binti Ibrahim. Berkat bantuan kembar Aisyah, Asyraf Mukmin sebagai orang tengah. Malam itu mereka solat sunat pengantin baru bersama. Selesai solat, mereka bersalaman. Kelihatan permata jernih mengalir membasahi pipi Aisyah.

Dia turut sebak menahan tangis. Namun dengan tenang dia mengawal perasaan.

“Kenapa Humaira’ menangis? Humaira’ sedih ke?”

“Bukan Abang, Humaira’ bersyukur sangat. Kasihnya Allah pada kita, disimpulkan kita dengan ikatan suci. “Abang pun gembira sangat Humaira’, Allah kurniakan abang bidadari yang sangat cantik, cantik segala-galanya. Lengkap separuh agama abang. alhamdulillah... ”

Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan buat Ilahi. Tempat datang dan kembalinya segala nikmat. Tempat selayaknya dikembalikan segala puji-pujian. Benarlah hidayahNya disalurkan melalui pelbagai cara, alhamdulillah...

- Artikel iluvislam.com -