SeLaMaT DaTaNg

Tuesday, October 4, 2011

bAkAt & pEnULiSaN!!!


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani... Segala Puji ke Hadrat Allah SWT kerna dengan limpah dan rahmatnya, sekali lagi ana dapat menghadap True Gooners untuk meng'update' blog ana nie. (True Gooners tu nama lappy saya ye teman2)... owh, apa khabar pelayar2 blog 'Indahnya Ciptaan Ilahi' yang dirahmati Allah sekalian? Harap semuanya sihat2 belaka... iyelah, sekarang nie musim demam... salah seorang kawan serumah saya pun baru sahaja jatuh demam, hinggakan makan pun dah tak berselera... jadi, bak kata perumpamaan Inggeris :"prevent is better than cure", atau dalam peribahasa melayu : "sediakan payung sebelum hujan", ana nasihatkan agar sahabat2 sekalian banyakkan minum air masak dan jangan main hujan tau... hehe... emm, berbalik kepada tajuk kita pada kali ini, 'Bakat & Penulisan', sebagai muqaddimahnya, alhamdulillah, baru2 ini ana baru sahaja memenangi Pertandingan Mengarang Esei bersempena Karnival Buku Pulau Pinang anjuran Persatuan Penulis Pulau Pinang... Pada asalnya, ana sendiri tidak menyangka rezeki hadiah pertama telah ditentukan Allah SWT untuk diri ana nie. ini kerana peserta2 yang menyertai pertandingan tersebut bukan calang2 hebatnya, dari peringkat student hinggalah ke peringkat educator... ramai insan yang berkata "bolehla dy menang, dah dy ada bakat"... tapi sahabat2 ku, ingin ana mengubah persepsi tersebut. ini kerana tiada apa yang mudah di dunia ini... bakat, jikalau tidak diasah, tidak akan memberi apa2 hasil... Firman Allah SWT di dalam al-Quran al-Karim, "Sesungguhnya Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri"... jadi, bakat tanpa usaha ibarat akaun bank tanpa wang... emm, Allah SWT amat menyukai hamba2 Nya yang berusaha... setiap insan telah dilahirkan dengan bakat@kelebihan dan kekurangan masing2... ingatlah sahabat2 ku, sesungguhnya Allah Maha Adil... misalnya, jika seseorang lemah dalam berkarya, mungkin insan tersebut hebat dalam bersukan... tapi kita perlu berwaspada, teman2 ku... kadang2 kelebihan itu akan menjadi senjata pemusnah bagi diri sendiri jika kelebihan itu diselitkan dengan unsur2 riak... manakala kelemahan boleh menjadi senjata paling berkuasa dalam diri jika kita dapat mengatasinya... Sesungguhnya Allah SWT tidak pernah membebankan hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukannya... setakat ini dahulu, sahabat2 ku... InsyaAllah, jikalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki ana, kita akan berjumpa lagi... Illal Liqa'...

~renung-renungkan dan selamat beramal~

No comments:

Post a Comment