SeLaMaT DaTaNg

Tuesday, October 26, 2010

yA uMMatTi!!!


assalamualaikum wbt, kepada semua yg melawati blog ana nie...
alhamdulillah, hari ini Allah memberikan keizinan kepada ana untuk men 'update' kan blog ana nie yang dah terlalu lama ana tinggalkan...
biasela, orang busy la katakan...
emm, insyaAllah,untuk kali nie ana nk memberi tazkirah dan peringatan tentang apa yg pernah Rasulullah sampaikan satu ketika dulu...
ceritanya begini: pada suatu hari, Rasulullah SAW dan para sahabat berhimpun di dalam satu majlis ilmu, lalu Rasulullah pun bertanya kepada sahabat:
"wahai sahabat2 ku, tahukah kamu siapakah makhluk yang paling mulia di sisi Allah SWT?"
sahabat2 pun berfikir sejenak dan bangunlah salah seorang dari mereka lalu menjawab:
"Ya Rasulullah, para malaikatlah yang mulia di sisi Allah SWT."
mendengarkan jawapan tersebut, Rasulullah SAW tersenyum seraya berkata:
"Ya, memang benar malaikat itu mulia. Mereka sentiasa patuh dan beribadah kepada Allah SWT. Mana mungkin mereka tidak mulia. Tetapi bukan itu jawapan yang aku kehendaki. Ada lagi yang lebih mulia dari para malaikat."
Sahabat2 pun mula berfikir kembali. Lalu bangkit seorang sahabat yang lain lalu menjawab:
"Tentulah Rasul dan Nabi itu yang mulia di sisi Allah SWT."
Rasulullah tersenyum mendengar jawapan yang diberikan oleh sahabat lalu bersabda:
"Ya, memang benar Rasul dan Nabi itu mulia. Mereka adalah pesuruh Allah dan mengajak ummat mereka ke jalan yang benar. Tetapi bukan itu jawapan bagi persoalanku. masih ada yang lebih mulia dari itu."
Para sahabat makin keliru. Lalu seorang lagi dari kalangan sahabat bingkas berdiri dan menjawab dengan rasa malu:
"Tentulah kami, sahabat2 mu yang mulia di sisi Allah, ya Rasulullah."
Rasulullah tersenyum lebar mendengarkan jawapan tersebut dan berkata:
"Memang benar kamu semua adalah mulia. Kamu membantu perjuanganku. Kamu berperang dan bersaudara denganku. Mana mungkin kamu tidak mulia di sisi Allah SWT. Namun bukan itu jawapan yang sebenarnya."
Sahabat2 tertunduk dan masih berfikir, jikalau bukan malaikat, rasul atau diri mereka, siapakah yang lebih mulia yang Rasulullah maksudkan. Kemudian mereka terlihat Rasulullah SAW tertunduk dan menitiskan air mata lalu Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya makhluk yang paling mulia di sisi Allah SWT adalah ummat2 ku yang akan muncul selepas kewafatanku nanti. Mereka tidak pernah melihat wajahku, mereka tidak pernah berperang dan bersaudara denganku, tetapi mereka begitu merinduiku, mereka mengikut ajaranku dan mereka begitu mencintaiku."

Sahabat2 sekalian, ingatlah, ummat yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW adalah kita sendiri. Sehinggakan pada akhir nyawa Rasulullah juga, baginda masih ingat pada kita. ' Ya Ummati. Ya Ummati'
Semoga kita semua mendapat syafaat di hari kiamat nanti...

"renung-renungkan dan selamat beramal"

Monday, May 31, 2010

dEmAm oh DeMaM!!!


Assalamulaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua yang melawati blog ana nie...
Macam mana antum ngan antunna sekalian???
Adakah antum dan antunna semua sihat??
Alhamdulillah, harap-harap semuanya sihat-sihat belaka...
Iyalah, sekarang ni kan musim kat Malaysia ni x menentu,
Kejap hujan, kejap panas, kejap mendung...
Pernahkah kawan-kawan terdengar atau terbaca satu hadis nie?
Sabda Rasulullah S.A.W.:
"ingatlah kamu 5 perkara sebelum hadirnya 5 perkara:
1. Masa mudamu sebelum tua
2. Masa senangmu sebelum sempit
3. Masa kayamu sebelum miskin
4. Masa sihatmu sebelum sakit
5. Masa hidupmu sebelum mati"

Mesti antum dan antunna semua pernah dengarkan?
Sebenarnya, pada kali nie, ana cuma nk menyentuh kepada perkara ' masa sihatmu sebelum sakit'
Memang sudah lumrah, setiap manusia tu akan merasa kesakitan, tak kesahlah, sama ada sakit yang ringan atau berat...
Ana sendiri pun baru sahaja diuji dengan masa sakit nie...
Allah S.W.T sendiri telah berfirman: ' Setiap penyakit ada penawarnya'

Peribahasa Inggeris pula ada menyebut : 'Prevent Is Better Than Cure' yang bermaksud, mencegah lebih baik dari merawat...

Jadi untuk isu kali ni, ana nakla berkongsi sedikit maklumat dalam mencegah penyakit terutamanya demam:

1. Banyakkan minum air suam, elakkan minum minuman berais
2. Mandi sebelum subuh, contohnya pukul 4-5 pagi, masa yang terbaik untuk mandi
3. Banyakkan bersenam, peluh yang terhasil dari senaman akan mengeluarkan toksin-toksin dalam badan
4. Banyakkan bersolat, solat itukan salah satu senaman yang efektif untuk badan
5. Banyakkan berdoa kepada Allah agar terpelihara dari sebarang penyakit

Insya-Allah, tips2 nie amat berguna untuk antum dan antunna semua...
Tapi kalau terjadi juga sesuatu penyakit itu, janganla kita menuduh sesiapa, kan penyakit itu merupakan salah satu kifarah dari Allah S.W.T untuk menghapuskan dosa-dosa kita...
Setakat itu dahulu ya, teman-teman...

"Renung-renungkan dan selamat beramal"

Thursday, May 27, 2010

dEmAnD 4 nAsYeEd!!!

Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah, harap kalian pengunjung blog ana juga sentiasa berada dalam keadaan sihat sentiasa...
Tujuan ana menghantar post kali nie bukan untuk memberi tazkirah atau seumpamanya...
Ana cuma nkk berkongsi sedikit keseronokan dengan antum dan antunna semua...
Sejak akhir-akhir nie, alhamdulillah, pasukan nasyid Raudhatul Iman semakin mendapat sambutan...
Tapi kadang-kadang penat gak rasanye...
Sekarang kumpulan nasyid ana sedang menjalankan beberapa sesi latihan untuk beberapa event yg bakal berlangsung:

1. 29 Mei 2010 = Persembahan Nasyid bersempena Hari Belia di ILP Bukit Panchor

2. 3 Jun 2010 = Persembahan Nasyid untuk Hari Guru Peringkat Kolej

3. 4, 5 dan 6 Ogos 2010= Pertandingan Musabaqah Peringkat Zon Utara 2010 bertempat di Kolej Islam Perak

Alhamdulillah, rezeki semakin melimpah ruah atas usaha semua pihak...
Di kesempatan ini juga, ana nk jugak promote kumpulan nasyid ana nie...

Sebarang tempahan untuk persembahan, bolehlah menghubung pengurus pasukan kami:

Mohd. Amir bin Subri
(017-4477145)

'Berhibur Kerana Allah'

Wednesday, May 26, 2010

bUkALaH mAtAMu!!!


Lihatlah di sekeliling dirimu,
Tidakkah kamu melihat keajaiban ini?
Tersebar di hadapan matamu,
Awan-awan terapung di udara,
Langit yang membiru dan lapang,
Planet-planet di dalam orbitnya sendiri,
Bulan,
Dan matahari,
Ibarat satu rima yang begitu indah...

Tanyakanlah dirimu sendiri,
Bukankah bukti ini sudah mencukupi?
Atau kita terlalu buta?
Untuk menolak segala kebenaran ini?
Jawablah 'TIDAK'...

Bukalah matamu,
Hatimu,
Dan mindamu,
Jikalau kita sudah lihat kebenarannya,
Kita tidak akan hidup dalam penipuan,
Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan-Mu yang benar,
Ya Allah, pimpinlah hari-hari kami,
Untuk sentiasa mendekati-Mu,
Hingga akhir hayat kami...

Lihatlah di dalam diri kamu,
Terdapat peraturan yang amat sempurna,
Tersembunyi dalam dirimu sendiri,
Yang mengalir dalam alur-alur darahmu,
Bagaimana dengan perasaan, marah, sedih dan gembiramu?
Bolehkah kamu menyentuhnya dengan tanganmu sendiri?
Jadi, adakah itu semua wujud?

Apabila seorang bayi lahir ke dunia,
Sangat lemah dan tidak berdaya,
Dan kamu melihat bayi itu membesar,
Jadi untuk apa kamu mendustakannya?
Apa yang telah terbukti di matamu?
Satu keajaiban terbesar berlaku...

Ya Allah ya Tuhanku,
Engkaulah yang mencipta segalanya,
Kami semua adalah milik-Mu,
Ya Allah, kami menadah tangan pada-Mu,
Selamanya kami berterima kasih kepada-Mu,
Segala pujian hanya untuk-Mu...

karya: Luqmanul Hakim bin Joohari
26 Mei 2010 4.27pm

aKu sAyAnG ALLAH!!!


Ya Allah ya Tuhanku,
Engkaulah ar-Rahman,
Engkaulah ar-Rahim,
Sungguh indah ciptaan-Mu ya Allah,
Burung-burung berterbangan di angkasa raya,
Pohon-pohon menghijau di rimba belantara,
Ombak yang silih berganti menghempap pantai,
Memecahkan kesunyian malam,
Sungguh indah ciptaan-Mu...

Ya Allah ya Tuhanku,
Engkaulah al-Malik,
Engkaulah al-Ahad,
Rezeki yang Kau kurniakan tiada bandingannya,
Rahmat yang Kau berikan tiada sempadan pemisah,
Kasih sayang-Mu menjamin syurga,
Engkau tidak beranak dan tadak diperanakkan,
Itulah bukti Engkaulah Rabbul 'Alamin,
Sungguh indah kurniaan-Mu...

Ya Allah ya Tuhanku,
Di pagi yang penuh rahmat-Mu ini,
Aku menadah kedua telapak tanganku,
Aku merendahkan pandangan-ku,
Aku memohon rahmat dan kasih sayang-Mu,
Tiada aku berdaya tanpa kehadiran-Mu,
Tiada aku berkuasa tanpa izin-Mu,
Dan syukur atas hidayah-Mu,
Kau telah membukakan pintu hatiku,
Untuk menyayangi-Mu,
Seperti mana Engkau menyayangi hamba-Mu...

karya: Luqmanul Hakim bin Joohari
26 mei 2010 2.53am

NiAT!!!


Daripada Amirul Mukminin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih.

Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.



'renung-renungkan dan selamat beramal teman-teman'

Tuesday, May 25, 2010

sAngKa-sAnGka

Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas

Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet

Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik

Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk

Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri

Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah,
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api... satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya

renung-renungkan dan selamat beramal...

Wednesday, May 19, 2010

13 wAsiAt rAsULLuLLaH!!!

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan
umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan
bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.

Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu
menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.

Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin
dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang
beriman.

Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,
Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai
kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya
itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman:
"Hai malaikat- Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia"
4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka
dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan
muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu
berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang
berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanyadi
pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali
dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. SesungguhnyaAllah
tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah
mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan
sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu
menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat
kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak
dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah
diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri
engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri
saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli
rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan,nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.
InsyaAllah.

Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

Monday, March 1, 2010

TiAdA SiApA laYak MeNgAkU iKhLas

IKHLAS adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya.

Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.

Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata,

"Ambillah, saya ikhlas…"

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak.

"Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak.."

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas." "Yang Benar."

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri.

Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

Erti Ikhlas

Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah: kerana suruhan-Nya kerana keredhaan-Nya kerana arahan-Nya kerana mentaati-Nya kerana patuh pada-Nya

Jadi, perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu, tujuan
satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Abdikan diri kerana Allah,
tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya
satu.

Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi.

Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar.

Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:

- awal
- pertengahan
- akhir

Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata:

"Inilah masanya nak jadi popular" "Aku akan jadi terkenal…" "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket."

Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata: "Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."

Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata: "Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis."

Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

Monday, January 18, 2010

pErSeMbAhAn NaSyId




sama-samalah saksikan video dari persembahan nasyid kumpulan kolej ana nie...