SeLaMaT DaTaNg

Thursday, October 13, 2011

pELaYaRaN!!!


dalam melayari samudera kehidupan,
setiap tapak kakiku menjadi penentu,
adakah aku akan tiba di hentian yang benar,
atau sampai di hentian yang palsu,
acapkali ku lihat dalam kehidupan ini,
penuh dengan onak dan duri,
mencari yang benar itu,
ibarat permata dalam kaca.

jika disukat kehidupan dunia,
kebanyakan ia membawa derita,
mencari yang bahagia sedikit sahaja,
setiap perlakuan baik diejek semata,
setiap perbuatan buruk dilaku selamba,
berbeza ia dengan Maha Pencipta,
setiap yang baik ditambah pahala,
setiap yang buruk dosa diganda.

dalam melayari samudera kehidupan,
setiap tapak kakiku bisa jadi penyelamat,
selagi cinta Ilahi terus tersemat,
Dia itu Maha Melihat,
agar setiap langkahku tidak tersesat,
agar membantuku di negeri akhirat,
agar aku merasai abadi nikmat.

karya : Luqmanul Hakim bin Joohari
(13 Oktober 2011/10.03PM)

No comments:

Post a Comment