SeLaMaT DaTaNg

Wednesday, November 18, 2009

tErKeNaNg La PlAk


assalamualikum w.b.t...
alhamdulillah, pada hari ini ana berkesempatan untuk melayari blog ana nie...

hari ini, bersamaan dengan 18 November 2009, adik2 kita akan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi pelajaran Malaysia...

maka segala perjuangan mereka akan bermula pada hari ini...
hari ini jugalah yang akan menjadi titik tolak kepada usaha yang telah diperolehi oleh mereka dalam tempoh dua tahun yang lepas...

insya-Allah, ana mendoakan yang terbaik untuk adik2 kita yang sekarang ini sedang berperang dengan sepenuhnya...
terkenang lagi ketika ana mengambil SPM satu masa dulu...
sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan, bagai nak luruh je jantung nie dibuatnye...

mana taknya, peperiksaan inilah yang akan menentukan hala tuju ana lepas nie..
tapi, alhamdulillah, ana bersyukur dengan result yang ana perolehi walaupun x dapat straight 'A'...

satu perkara yang paling penting adalah, kita mesti ingat bahawa, sepanjang kita menuntut ilmu nie bukanlah hanya semata-mata untuk peperiksaan je, kite menuntut ilmu nie sebenarnya adalah untuk mendapat redha Allah S.W.T, supaya kita mempunyai bekalan untuk dibawa ketika bertemu dengan Allah S.W.T. nanti...
setakat inilah dulu celoteh ana pada kali ini ye...

insya-Allah, ada masanye nanti, ana akan terus mengupdate post2 yang baru...

jika ada persoalan mengenai agama, antalah mesej atau kol je ana di: 013-3056853
insya-Allah, apa yang termampu, ana akan bantu...

'renung-renungkan dan selamat beramal'

No comments:

Post a Comment