SeLaMaT DaTaNg

Monday, December 7, 2009

aLanGkaH bAgUsNya beReNti MeRoKoK!!!




assalamualaikum, semua...

topik kita pada hari nie adalah tentang rokok...

insya-Allah, di sini ana akan terangkan beberapa kesan sekiranya peroko2 sekalian berhenti merokok...

antara kesan-kesannya ialah:

1. Lapan (8) Jam selepas anda berhenti merokok, kandungan dan paras Carbon Monoxida menurun dan kandungan Oxygen di dalam darah anda meningkat ke paras normal.


2. Di dalam tempoh 48 Jam, kebarangkalian untuk serangan jantung menurun dan deria hidu dan rasa anda bertambah.


3. Di dalam tempoh 72 Jam, kapasiti paru-paru anda bertambah dan pernafasan anda menjadi lebih mudah .


4. Dua Minggu (2) hingga 3 bulan, pengaliran darah anda bertambah dan fungsi paru-paru anda meningkat sehingga 30 peratus.


5. Enam Bulan berikutnya (6), batuk, hidung tersumbat, kepenatan dan sesak nafas bertambah baik.


6. Selepas Setahun, risiko penyakit atau kesan berkaitan dengan merokok berkurangan sehingga 50%.


7. Sepuluh tahun berikutnya risiko kanser paru-paru berkurangan 50%.


8. Lima Belas Tahun (15) berikutnya risiko serangan jantung adalah sma dengan mereka yang tidak merokok.


Jadi, teman2, tidak ada ruginya jakalau anda berhenti daripada rokok nie...

ingat, Rasulullah sendiri pernah berpesan, "akal yang cergas datang dari badan yang sihat"


Jadi......


'renung-renungkan dan selamat beramal'

No comments:

Post a Comment